Sunday, March 15, 2009

KEPUTUSAN EXAM!!!


Exam final dah berakhir 2 mac yg lalu(last paper physics lab) ...sekarang dah habis semester panjang di PJ, ade lg satu short sem di matric...lepas tu barulah akan ke uia kuantan,striving 4 degree...selepas berhempas pulas study sebelum exam...sedar2 sekarang dah nak keluar result...20 mac ni insya Allah...

Saja2 nak tulis post ni..peringatan buat diri n semua sahabat sematric...doakan moga2 keputusan yang akan kita perolehi nanti adalah keputusan yang terbaik untuk kita...walau ada yang careless masa menjawab...ada yg kate I perform bad in the exam eventhough I had struggle hardly before it...soalan ni susah dan sebagainya...tapi ketahuilah bahawa segala yang sudah berlaku dan segala yang akan berlaku itu sentiasa diiringi dengan hikmah Ilahi...Sekarang adalah fasa untuk kite bermuhasabah n tawakkal pada Allah...so persoalannya apa yg boleh kita buat lagi sekarang ni?

Diriwayatkan dalam mustadrak 'ala sohihain dan juga dalam musnad Imam Ahmad bahawa Allah SWT berfirman:
 "wahai anak Adam, khusyu'lah dalam beribadah kepadaKU maka akan KU penuhi kehidupanmu dengan keluasan rezeki"
See full size image
Kita memahami Allah yang Maha membuka keluasan rezeki, Allah jualah yang menguasai kejadian, yang mampu mengubah sesuatu mestinya yang untung menjadi rugi atau yang rugi menjadi untung...jika seeorang hanya mengandalkan diri dengan usaha yang zhohir sahaja dan Allah SWT tidak diikut sertakan di dalam usahanya, maka usahanya itu sudah tersekat di dalam kesulitan, kalau tidak tersekat di dunia, tersekat di akhirat..

Maka tatkala diri menghadapi kesulitan, kesusahan dan ketidaktenangan....kita diwasiyatkan oleh Junjungan kita dengan firman Allah di dalam hadis Qudsi: 
تقرّب في قريتي
"Kosongkan jiwamu dalam ibadah keadaKU" kata Allah SWT.

Inilah arti khusyu', disaat kita beribadah, kosongkan jiwa kita, lupakan segala nama dari selai Allah, kita bermunajat kepada Allah SWT, agar Allah mengosngkan jiwa kita dari selainNYA saat kita beribadah....Ya Rahman Ya Rahim, penuhilah kehidupan kami dengan keluasan rezeki...terimalah taubat dan istighfar kami...berilah kami kekuatan untuk selalu mengosongkan diri saat beribadah kepadaMu, yang dengan itu Kau penuhi jiwa kami dengan kecukuapan, dan 
Kau penuhi kehidupan kami dengan keluasan rezeki, jadikan seluruh usaha kami berhasil..

Kami seru namaMu, kami seru cahaya kedermawananMu, cahaya keberkahan Mu agar terlimpah kepada kami...kami jawab panggilan suciMu...
قل ادعوا الله أو ادعوا الرحمن أيّا ما تدعوا فله الأسماء الحسنى
Serulah Dia Allah..Serulah Dia Ar-Rahman..dengan apa jua seruan,maka bagiNya nama2 Yang Paling Baik. (al-Isra':110)

Ya Allah, Ya Rahman, Ya zal Jalaali wal In'aam...berkati usaha kami, hidup kami, rezeki kami, keluarga kami, sahabat handai kami....Amiin ya Rabb.

Nak tengok result boleh buka site: 
http://m.iiu.edu.my/student/examsli.html
20th March 2009 selepas 5pm...
Wallahu A'lam..

Here’s a little mathematical formula that

might help


answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U

V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

20 21 22 23 24 25 26.


If:

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will

take you:

L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with

mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get

you close, and Attitude will

get you there, It’s the Love of God that will

put you over the top!




Friday, March 13, 2009

PAHLAWAN NERAKA

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ﴿٨٨إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ ﴿٨٩
"Hari yang mana tiada guna hartanya dan anak2nya kecuali sesiapa yang mendatangi Allah 
dengan jiwa yang sejahtera"(As-Syuaraa:88-89)
See full size image
Digambarkan di dalam al-Quran, pada hari akhirat kelak...segala perkara yang dikejar manusia di dunia ini sudah tidak berguna lagi. Barangkali ada yang ketika hidupnya di dunia mereka sibuk mengejar harta, ada yang sibuk mengurus rumah tangga memerbanyak zuriat memenuhi keinginan haloba yang tak pernah habis...tapi segala yang mereka cari, segala yang mereka habiskan masa ke atasnya akan menjadi sia2, melainkan mereka yang datang menghadap Allah dengan jiwa yang sejahtera(saliim).Datanglah manusia membawa harta seluruh dunia, namun mereka tidak mampu menebus diri mereka dari siksaan Allah...begitu juga kiranya jika mereka kumpulkan seluruh manusia untuk menebus dirinya...namun semua itu tidak akan diterima.

Berlaku pada zaman Rasulullah, diriwayatkan oleh Luqmanul Hakim...

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.
Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."
Para sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."  

Daripada kisah ini, kita daat simpulkan bahawa mereka yang berjuang selain daripada untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini, maka perjuangan dan lelehan darah mereka hanyalah sia2 dan tidak memberikan apa2 manfaat pun pada mereka di Akhirat kelak... 
Renungilah Hadis Rasulullah: 
من قاتل لتكون كلمة الله هي العليى فهو في سبيل الله 
Barang siapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah, maka dialah pd jalan Allah
(Hadis Sahih)
Inilah berbezanya kita dengan mereka yang berjuang semata2 kerana kaum bangsa...kerana nasionalis itu tatkala ditimpa kesusahan dan kesakitan, tiada mereka dapat menanggungnya...tetapi mereka yang berjuang kerana agama Allah, walau mendaat kecelakaan dan kesusahan yang sama, mereka menyandarkan diri pada sandaran yang Maha Agung yaitu Allah. Hal ini jelas dinukilkan di dalam al-Quran:

Dan janganlah kamu beputus asa dalam mengejar musuh, sekiranya kamu merasa kesusahan, mereka juga merasakan kesusahan yang sama sseperti kamu, tetapi kamu mengharap daripada Allah sedangkan mereka tidak, sesungguhnya Allah maha Mengetahui lagi Bijaksana.(an-nisa':104)
Wallahu A'lam.

Thursday, March 12, 2009

SIAPA???


Sifat semulajadi manusia untuk menilai dan belajar...sejak lahir ke dunia, manusia(bayi) sudah mula menilai persekitaran lantas beradaptasi dengan persekitaran...namun, setiap manusia melihat dan menilai melalui sudut yang berbeza...kadang2 ada juga yang kecundang dalam penilaian kerna pertimbangan tidak didasari dengan ilmu....maka, persoalan siapa adalah soalan pertama yang mendatang tatkala menilai manusia...
Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri
penghidupan tapi tidakmahu sujud pada yang
menjadikan kehidupan itu iaitu
Allah
Rabbul'Aalamin,Tuhan sekelian alam. Maka
bertasbihlah segala apa yang ada di
bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan
manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang
diberi petunjuk melalui
ayat-ayat Al-Quran, Hadith dan cerita-cerita
kebaikan namun merasa tidak ada
apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang
yang tidak mahu lakukan ibadat
tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan
menyiksanya dengan kelalaiannya itu
dan sering merasa tenang dengan
kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan
kemarahannya ketika ia di
dalam kemarahan.

Siapakah orang yang
lemah?Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan
kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun
ada kebencian di dalam
hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang
yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas
junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu
membaca dan meneliti akan kebesaran Al Quran dan
tidak mahu mengambil
pelajaran
daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri
nasihat
dan pengajaran yang baik namun tidak
diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah
ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan NabiSulaimana.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah
lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi
rajiuun." Lalu sambilerkata,"Ya
Rabbi (Wahai Tuhanku) Aku redha dengan
ketentuanMu ini",sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis air mata
mutiara adalah orang-orang yang sedang
bersendiri lalu mengingat akan
kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya
lalu mengalir air matanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur
dengan apa yang ada dan tidak lupa akan
kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas
dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-
numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap
siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini
berusia pendek sedang akhirat
kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya
berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan
akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-
orang yang senantiasa
mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?Orang
yang mundur dalam hidupnya
adalah orang yang tidak memperduli akan halal
dan haramnya akan sesuatu
perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak
sembahyang kerana hanya dua
syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu
meninggalkan sembahyang,
pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia
tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat untuk
melakukan ibadat dan amal-amal
kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang
muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku
hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang
mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling
luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas
adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di
perluaskan saujana mata
memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit
lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah
orang yang mati tidak membawa
amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang
yang menghuni syurga kelak
kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia
untuk menghindari siksaneraka. 

Berikut adalah beberapa penilaian melalui satu sudut drpd banyak lagi sudut yang didasari dengan ilmu, kerna yang mampu menilai perkara ini adalah diri kita sendiri...dan apa yang ingin dibawa di sini bukanlah penilaian terhadap manusia yang lain..tapi adalah penilaian terhadap diri sendiri!!Kadang2 kita banyak menilai orang lain daripada diri sendiri, sehinggakan kelemahan diri tidak dipeduli tapi kelemahan orang lain yang jadi perhatian..nauzubillah.Nilailah diri kita sebelum menilai orang yang lain..kerana yang mengenal diri sendiri akan mengenal Rabbnya(hikmah)