Tuesday, August 31, 2010

Jangan biarkan Sahabat Sejatimu

Sahabat Sejatimu adalah yang senantiasa bersamamu, memanggilmu...x pernah meninggalkanmu walau sesaat..maka panggilanNya semakin bersangatan saat akhir 10 ramadhan ini...Jangan dibiarkan panggilan itu..bergegaslah menghampiriNya,jgn dilewatkan walau lemah jiwamu saat itu..

Syeikh Ibnu ‘Athaillah As-Sakandary.
“Tak ada sahabat sejatimu kecuali dia yang paling tahu aibmu, dan tidak ada (sahabat seperti itu) kecuali Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Sebaik-baik sahabatmu adalah yang menuntutmu, tetapi sama sekali tuntutan itu tidak ada kepentingannya darimu untuk-nya.”

Allah..Innaka 'Afuwwun Tuhibbul 'Afwa fa'fu 'anna...Sungguh Engkaulah yg Maha Pengampun lagi menyukai pengampunan, ampunilah kami..

Tak ada yang lebih tahu aib kita secara detail dan t'perinci melainkan Allah swt, karena Dia-lah yang tak pernah meninggalkan kita ketika kita dalam kondisi hina dan tidak menolak kita ketika kita dalam kondisi sangat kurang, bahkan senantiasa mengasihi kita dalam situasi apa pun.

Pada saat begitu Dia memerintahkan kita dan melarang kita, namun kita maksiat pada-Nya, namun Dia tidak meninggalkan kita, bahkan dengan rasa belas kasih-Nya Dia memanggil kita untuk datang kepada-Nya di saat kita alpa.

Namun jika yang tahu aib kita secara detail itu adalah makhluk, maka para makhluk pun justru meninggalkan kita dan melempari kita atas perbuatan kita selama ini. Namun Allah Swt dengan segala cinta dan kasih sayang-Nya senantiasa malah menjaga kita. Namun yang menyedari itu sangat sedikit.

Allah Swt tidak pernah meminta imbal balik kita dibalik perlindungan, perintah, tuntutan dan larangan-Nya. Sedangkan pergaulan dan persahabatan dengan makhluk penuh dengan tuntutan dan kepentingan. Maka sahabat sejati sesungguhnya yang menyadarkan kepentingan yang kembali pada diri kita, hal-hal yang berguna maupun hal-hal mana yang berbahaya.

Namun rasa yaqin yang rendah dan lemah membuat kita terhijab dari semua itu. Karena itu Ibnu Athaillah melanjutkan:
“Seandainya cahaya yaqin memancar, pasti anda melihat akhirat lebih dekat padamu dibanding anda menempuhnya. Dan sungguh anda memandang keindahan dunia tak lebih dari reruntuhan fana yang tampak padanya.”

Dunia hanyalah khayal dalam wujudnya, apabila anda benar-benar tercerahi oleh cahaya yaqin.
Ahmad bin Ashim al-Anthaky ra menegaskan, “Yaqin adalah nur yang dijadikan Allah swt dalam hati hamba-Nya, hingga ia melihat perkara akhiratnya dan cahaya itu membakar semua hijab antara Dia dan dirinya, sampai akhirat tampak begitu jelas dalam perspektifnya.”

Suatu hari Rasulullah Saw, bertanya kepada Haritsah ra, “Apa kabarmu pagi ini wahai Haritsah?”
“Saya dalam kondisi beriman yang benar,” jawab Haritsah.
Rasulullah saw, bersabda, “Setiap kebenaran ada hakikatnya, lalu apa hakikat imanmu?”
“Seakan-akan saya berada di Arasy Tuhanku benar-benar ditegakkan dan saya melihat ahli syurga sedang menikmati nikmat-nikmat-Nya di syurga dan ahli neraka sedang saling minta pertolongan,” kata Haritsah.

Rasulullah saw, bersabda, “Kamu sedang mengenal maka teguhlah. Seorang hamba yang qalbunya dicerahi cahaya oleh Allah….” (Al-Hadits).


Rasulullah saw, pernah bersabda, “Bila cahaya masuk dalam hati, maka hati akan lapang…”
Rasul saw, ditanya, “Wahai Rasulullah apakah ada tanda untuk mengenal itu?”
Beliau menjawab, “Merasa kosong di negeri tipudaya dan kembali pada negeri keabadian, serta mempersiapkan bekal mati sebelum waktunya tiba…”

Tuhan, leraikanlah dunia yg mendiam di hati kami...sungguh kami tidak mampu untuk mengumpul 2 cinta..dan hanya cintaMu lah yg kami harapkan...

Kuatkanlah kami untuk menjawab panggilanMu..sungguh makin bersangatan panggilanMu pd malam2 ini dan mendatang, jgn kami menjadi berat menjawabMu, ringankan langkah2 kami ke arah Mu..basahkan lidah2 kami dgn zikir pd Mu...Allah..cahayai hati kami..

Sumber: http://www.sufinews.com/

Monday, August 23, 2010

YAA HAAMILAL QURAAN

Jom kita penuhi hari2 ramadhan kita, dgn kalam2 Allah..bukankah Ramadhan ini bulan Allah..jd bagaimana kita lalui bulan ketuhanan ini tanpa mengetahui bicaraNya..




يا حَامِلَ القُرْآنْ، قَدْ خَصَّكَ الرَّحْمَنْ، بِالْفَضْلِ والتِّيْجَانْ، والرُّوْحِ والرَّيْحَانْ
Wahai Penghafaz Quran, Allah telah menganugerahi engkau dengan kelebihan dan penghormatan, kebahagiaan dan syurga,

يا دَائِمَ التَّرْتِيلْ، لِلذِّكْرِ وَالتَّنْزِيلْ، بُشْرَاكَ يَوْمَ رَحِيلْ، سَتَفُوْزُ بِالغُفْراَنْ
Wahai orang yang selalu mengalunkan Quran, wahyu yang diturunkan, bergembiralah pada hari engkau mati, bahawa engkau akan mendapat pengampunan,

يا قَارِئَ الآياتْ، فِي الْجَمْعِ وَالْخَلَوَاتْ، تَزْهُوْ بِكَ السَّماَوَاتْ، وتَنْتَشِي اْلأَكْوَانْ
Wahai Pembaca Quran, samada depan umum atau bersendirian, penduduk langit menyebut-nyebut namamu dan seluruh alam semesta bersamamu.

Sumber: http://antalhaq.blogspot.com/2010/08/nasyid-penghafaz-quran.html

Quran dan Ramadhan

Ramadhan kini sudah di fasa ke 2, hampir penghujung fasa ini quran diturunkan(nuzul quran)...Sudahkah kita mengisi target dibulan ramadhan ini untuk menghabiskan 30 juzu' quran?
Jom kita cuba..cuma luangkan 6 minit setiap kali selepas solat..



Info:
1. Membaca al-Quran dengan 6 minit setiap kali lepas solat fardhu 5 waktu. Kalau tergendala qadha’lah bacaan tersebut pada waktu solat kemudiannya atau carilah mana-mana waktu senggang.

2. 6 minit sebanyak 4 muka surat. Kalau tidak mampu paling kurang dalam 15 minit kita lebih dari mampu untuk menyelesaikannya. Tengok cerekarama pun 2 jam inikan pula baru 15 minit tapi balasannya syurga Allah! Allahu Akbar! Anda tidak mahu syurga Allah?

3. 1 juzuk sebanyak 20 muka surat. Eh! Tengok konsert nyayian boleh berjam-berjam berdiri....ini duduk bersila dan hanya keluar suara. Kalau masih tidak mampu cubalah nilai setebal mana keimanan anda!

4. 1 juzuk sebanyak 10 helai. Betapa ringannya 10 helai kalau ditimbang dengan dompet duit anda! Mampu berceramah berjam-jam tapi betapa beratnya nak menghabiskan 10 helai. Allahu Akbar! Semoga Allah memudahkan kita.

5. 4 muka surat sebanyak 2 helai. Surat khabar yang kita baca hari-hari berapa helai? Kita boleh membelek surat khabar berkali-kali, pagi sekali, petang sekali, malam belek lagi! Quran ke mana?

6. 5 (solat fardhu) X 4 (muka surat) = 1 juzuk sehari!. Alangkah mudahnya! Alangkah bahagianya bagi orang yang dapat khatam Quran! Setengah orang mampu wirid 70 ribu tahlil, tapi untuk menghabiskan Quran 30 juzuk bertahun-tahun baru khatam. Dimanakah kekuatan rohani kita? Mari kita kutip kembali kekuatan rohani yang telah tercicir sepanjang 11 bulan lalu dengan hadirnya Ramadan.

Ya Allah...Terimalah ibadat kami, berilah kami kesempatan untuk mendapat Malam Qadar-Mu pada Ramadan kali ini, paling tidak sekali dalam hayat umur ini..

sumber: http://antalhaq.blogspot.com/2010/08/khatam-quran-sebulan-ramadan-ini.html

Saturday, August 7, 2010

HEMAT SANG MURABBI-ISU PERPADUAN UMNO-PAS 2

MEREKA DAPAT UNTUNG, RUGI DITANGGUNG RAKYAT

Majoriti pemimpin UMNO kini dari pemimpin tertinggi sehingga peringkat cawangan adalah peniaga yang mencari untung bermodalkan harta rakyat. Mereka tiada keberanian untuk berniaga dengan wang sendiri, mereka menjadikan projek yang berselindung atas nama projek rakyat sebagai perniagaan yang boleh mencapai keuntungan jutaan ringgit. Jika projek tersebut berjaya, mereka memperolehi keuntungan, jika gagal, kerugian tersebut akan ditanggung oleh rakyat. Kekayaan negara akan berlegar hanya pada golongan mereka.Justeru untuk menjadi jutawan dengan harta rakyat ini, mereka berhempas pulas untuk mendapat jawatan kerana ianya akan membuka ruang untuk mencapai cita-cita tersebut.

Bergabung saat mereka dalam kemabukan ini tiada akan memberi manfaat. Ibarat orang sedang mabuk, mereka tidak akan menerima apa jua nasihat ketika itu. Cara yang selamat ialah dengan menghentikan mereka minum dengan mengurung mereka di pusat-pusat pemulihan sehingga ketagihan mereka hilang, kemudian barulah boleh diberi nasihat.

Jika kita kasih kepada saudara Melayu kita dalam Umno, marilah kita hentikan kerosakan yang dilakukan dengan menghentikan mereka dari terus memerintah Malaysia ini. Ia menepati hadis di atas di mana Nabi صلى الله عليه وآله وسلم menyuruh kita membantu golongan yang zalim dengan kita menghentikan kezaliman mereka. Moga dengan mereka berehat atau kehilangan kuasa dan tiada peluang membina kekayaan, mereka menjadi golongan yang insaf dan membaiki diri.

BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN

Kita mesti berani melakukan perubahan dengan membuang segala belenggu pemikiran yang sudah lama diikat dengan pelbagai fobia ciptaan UMNO dengan memberi kuasa pula pada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara ini ke arah yang lebih baik.

UMNO akan tetap menunjukkan wajah prihatin pada masyarakat dengan budaya subsidi dan duit ihsan. Ianya tidak lain melainkan mahu orang Melayu tetap berjalan dengan bertongkat pada UMNO. Orang Melayu tidak akan diajar berjalan sendiri tanpa tongkat kerana jika orang Melayu sudah pandai berjalan sendiri, mereka tidak akan memerlukan UMNO lagi.

Hanya dengan duit ihsan RM600 setahun, pemikiran dan jiwa orang Melayu terus diikat dengan tongkat sakti mereka sehingga mereka sanggup menjadi bangsa yang miskin, pasif dan tidak berdaya maju. Budaya ini menyebabkan kekayaan negara akan terus dimiliki sesiapa sahaja yang pandai merebut peluang sama ada orang Cina, Jepun, Indonesia, Kemboja atau lainnya kerana mereka tiada tongkat UMNO.

UMNO tetap akan melemahkan orang Melayu dengan tongkat, keangkuhan dan ketamakan yang mana dengan budaya ini jika dikekalkan, orang Melayu satu masa akan merempat di negara sendiri.

Kepada para sahabat saya yang masih terkhilaf dengan permasalahan ilmu sehingga merasa kurang senang dengan PAS lalu mengambil sikap berdiam diri dan ada yang menentang cara terang-terangan, saya memberi nasihat agar kita perlu memiliki pertimbangan bijak demi kebaikan kepada Agama dan Negara.

Kita tidak boleh menyelesaikan dua perkara yang besar dalam satu masa. Isu politiknya kita mesti menghentikan pemerintahan BN demi kebaikan rakyat dan generasi akan datang. Adapun isu khilaf ilmu kita selesaikan dengan cara muzakarah di kalangan ulama dengan tidak melibatkan orang awam dan pendirian politik.
Ibarat melihat masjid yang terbakar, terdapat di sana golongan yang kita tidak senang dengan ilmunya sedang berusaha memadamkan api… bagaimana sikap dan keutamaan kita pada ketika itu? Mendiamkan diri walaupun masjid terbakar kerana tidak setuju dengan golongan tersebut, sedangkan dalam golongan tersebut ada mereka yang sama pendirian ilmunya dengan kita atau bersama memadamkan api dahulu barulah kita mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan permasalahan?

Saya meyakini bahawa ketuanan Melayu tidak akan terjejas apabila Pakatan Rakyat memerintah. Kaum Cina dan India mengetahui bahawa mereka tidak boleh memilki kekuasaan politik tanpa orang Melayu. Perlembagaan juga menghalang mereka untuk menjadi kuasa yang tertinggi di Malaysia kerana ia perlu kepada persetujuan Yang Dipertuan Agung. Apa yang mereka mahu hanyalah pemerintahan Melayu yang berlaku adil kepada mereka.

Seorang pensyarah universiti menegaskan yang Melayu tetap akan menjadi majoriti berdasarkan kepada populasi kaum Melayu pada setiap tahun. Statistik ini menyakinkan beliau.

Justeru kita wajib mewujudkan pemerintahan Melayu yang berteraskan Islam, bukannya kebangsaan. Ia akan memadamkan bara api perkauman sebagaimana yang ditunjuk oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dalam mentadbir Madinah.

PAS MEMIMPIN MELAYU

Saya amat meyakini kepimpinan PAS dan Melayu dalam PKR juga sudah mengambil kira segala hal demi memberi kebaikan pada semua rakyat tanpa merombak dasar-dasar kerajaan kini jika ia mempunyai kebaikan pada orang Melayu, negara dan Islam.

Tahalluf politik mereka adalah bersyarat dimana ianya terikat dengan perjanjian. Mana-mana parti yang melanggar perjanjian apabila memerintah, maka dengan sendirinya tahalluf itu akan terbatal. Antara tiga parti dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah parti yang paling tersusun, keahlian yang ramai dan pengaruh yang besar pada orang Melayu.

PAS sudah mampu menggantikan UMNO dalam menerajui kepimpinan Melayu berteraskan Islam. Kepimpinan ulama dan pejuang Islam lebih memberi kebaikan yang besar kerana menyambung perlaksanaan Rasulullah SAW dalam siasah dan pentadbiran.

Justeru itu pemikiran ‘takut’ akibat ajaran UMNO perlu dibuang jika mahu menjadi rakyat yang bijak serta benar-benar menggunakan kuasa yang dibenarkan dalam sistem demokrasi demi kebaikan pada negara.

Kita sebagai rakyat diberi kuasa pemilihan lima tahun sekali untuk menilai keupayaan mana parti dalam mentadbir, bukannya kita memberi kuasa mutlak yang tiada boleh digantikan selama-lamanya. Jika UMNO wujud di Jepun, Korea atau negara-negara maju yang lain, UMNO sudah lama dikuburkan oleh rakyatnya dengan pelbagai penyelewengan yang dilakukan.

Mereka yang suka dengan cara yang sama walaupun telah 50 tahun lamanya adalah mereka yang tiada memiliki jiwa besar dan berani melakukan perubahan ke arah yang baik.

Kita tidak boleh menafikan di sana ada jasa dan kebaikan yang dilakukan UMNO. Kita perlulah menghargainya, namun dasar-dasarnyanya tiada boleh kita terima dan kerosakan partinya tiada lagi dapat diubati. Keuzurannya itu memerlukan mereka berehat untuk mereka membuat rawatan.

Kita sebagai kuasa rakyat wajar memberi peluang kepada Parti Alaf Baru (Pakatan Rakyat) yang menepati dasarnya dengan perubahan dunia dan jiwa generasi baru hari ini. Isu peribadi dalam Pakatan Rakyat seperti isu Anwar dan lainnya bukan menjadi isu bagi kita kerana perjuangan kita sebagai rakyat bukan mahu menaikkan individu, tetapi mahu menaikkan ma’aruf dan menghapuskan kemungkaran demi menunaikan tuntutan dan kewajiban agama.

HARAPAN

Apa yang diharapkan, Pakatan Rakyat akan mewujudkan masyarakat yang harmoni dan mengeratkan hubungan antara rakyat apabila mencapai kemenangan, bukan menjadikannya sebagai kesempatan untuk membalas dendam, mengumpul harta, tidak berlaku adil sebagaimana perangai UMNO dan BN.

Marilah kita sama-sama membina kuasa rakyat yang kuat agar dapat mengajar orang politik berpolitik demi kebaikan semua. Masyarakat Islam generasi sahabat sentiasa prihatin apa yang dilakukan oleh pemimpin, mereka akan terus menegur dan membantah jika dilihat ada perkara yang meragukan.

Pernah para sahabat mempertikaikan bagaimana Saidina Umar r.a boleh membuat jubah sedangkan kain yang dibahagikan tidak boleh membuat jubah. Maka Saidina Umar r.a memberitahu bahawa anaknya Abdullah r.a telah memberi bahagian kainnya untuknya sehingga boleh membuat jubah. Inilah masyarakat yang dikehendaki oleh Islam, mereka berpegang pada prinsip amal ma’aruf dan nahi mungkar dalam kehidupan demi menjaga kebaikan agama, negara, pemimpin dan rakyat.

Inilah pandangan saya dan diharap para sahabat dapat menilai dengan dada yang lapang dan fikiran yang terbuka, walaupun mungkin ada percanggahan pendapat.

Hanya Allah yang kita maksudkan dan keredhaanNya yang kita cari.

Al faqir illaLlah
Ibrahim Mohamad
Khadam Syathariyah
Pulau Manis, K. Terengganu

HEMAT SANG MURABBI-ISU PERPADUAN UMNO-PAS 1

Artikel ini merupakan surat yang dikirim Tokku Pulau Manis, Tokku Ibrahim As-Syathariy kepada para sahabat beliau di kalangan para pimpinan NGO, Madrasah & Pondok, Pertubuhan Silat, Mahasiswa, Tarekah Tasawuf dan beberapa institusi lain bagi menyatakan pandangan dan pendiriannya terhadap isu Penyatuan UMNO - PAS.

.......................................................................................................................

Assalamualaikum kepada para sahabat yang dikasihi,

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda di depan sahabat yang bermaksud :

“Berikan pertolongan kepada saudaramu sama ada yang zalim atau dizalimi”.
Sahabat hairan lantas bertanya: “Kami faham jika kami memberikan pertolongan kepada saudara kami yang dizalimi tapi bagaimana pula memberikan pertolongan kepada saudara kami yang menzalimi?”
Baginda memberikan penjelasan dengan sabdanya: “Kalian halang dia daripada berbuat zalim, dengan itu kalian telah memberikan pertolongan kepadanya.” (Hadis Bukhari)

Sikap tolong-menolong amat digalakkan Islam. Pertolongan yang kita berikan kepada saudara kita akan membawa pulangan yang lebih kepada kita. Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم maksudnya: “Allah SWT sentiasa menolong orang selagi orang itu sentiasa menolong saudaranya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Bahkan memberikan pertolongan adalah sedekah yang paling baik. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda maksudnya: “Pertolongan kamu terhadap orang lemah adalah sedekah yang paling afdal.” (Hadis riwayat Ibnu Abi al-Dunia)

Permasalahan Agama dan Negara adalah dua perkara yang wajib diketahui dan diambil berat oleh setiap Muslim. Sikap tiada kesedaran dan prihatin terhadap perkara-perkara tersebut akan membawa kehancuran pada agama dan negara.

ISU PENYATUAN UMNO – PAS

Kita kini dihangatkan dengan isu penyatuan UMNO dan PAS. Ramai sahabat yang datang bertemu saya dan mengajukan persoalan ini untuk mengetahui pandangan dan sikap saya dalam isu tersebut.

Pada dasarnya saya amat bersetuju dengan apa jua penyatuan, namun saya tidak bersetuju dengan penyatuan UMNO-PAS pada masa ini. Saya melihat ia hanyalah strategi politik UMNO untuk menguatkan kedudukannya bagi mengekalkan kuasa dan mengumpul kekayaan. Dicipta pelbagai slogan provokasi untuk membangkitkan rasa gerun di kalangan orang Melayu konon orang Melayu akan kehilangan kuasa, mereka akan menjadi hamba di tanah air sendiri, masa depan mereka terancam dan kemuncaknya mereka akan kehilangan kuasa majoriti di negara sendiri. Dengan alasan ini maka UMNO melaungkan slogan demi survival bangsa dan agama Islam maka orang Melayu wajib bersatu… bersatu untuk menyokong UMNO!

Ini adalah teknik ‘reverse psychology’ atau ‘saikologi songsang’ UMNO apabila menyedari kedudukan mereka kian kritikal dan terancam. Teknik ‘Saikologi Songsang’ (SS) ialah sebutan bagi kata-kata atau tindakan yang dilakukan dengan sengaja yang bertujuan mendapatkan tindakbalas atau reaksi yang bertentangan. Bagi kaum Cina, ia bukan perkara baru kerana kaedah ini merupakan strategi yang ke-32 dari 36 strategi peperangan yang diamalkan oleh orang-orang China sejak tahun 219 sebelum masihi (SM) lagi. (rujukan: Wikipedia)

Maka UMNO menggunakan taktik ini dengan mencipta pelbagai slogan provokasi untuk menimbulkan rasa gerun di kalangan orang Melayu, mengapi-apikan semangat perkauman dan bertujuan memecahkan kesatuan di dalam Pakatan Rakyat (PR).

USAH TERPERANGKAP

Pada mereka yang cintakan kebaikan dan perubahan seharusnya tidak terperangkap dengan lagu-lagu lama yang dimainkan kembali oleh UMNO seperti isu akan hilang kuasa Melayu dan sebagainya apabila PR menguasai negara ini.

Saya melihat UMNO tidak ubah seperti karektor penjahat dalam filem-filem Bollywood. Di depan masyarakat para penjahat ini bagaikan dewa dengan menolong orang miskin, menderma, mendirikan kuil-kuil dan sebagainya, namun di belakang mereka adalah penyamun, merampas harta dengan penipuan, membunuh, merogol, mendera, melakukan kacau bilau dan sebagainya. Kejahatan mereka hanya dapat disedari oleh beberapa hero sahaja namun tiada ramai yang akan percaya pada hero tersebut apabila diberitahu hakikat sebenarnya.

Dalam konteks UMNO sebagai contoh, merekalah hero dalam melaungkan 1Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat majmuk di negara ini, namun dalam masa yang sama mereka membangkitkan isu-isu perkauman yang sensitif, menanam kebencian antara kaum, menakut-nakutkan orang Melayu jika PR memerintah dan sebagainya. Bahkan bukan lagi menjadi rahsia umum bahawa kursus Biro Tata Negara (BTN) adalah medan mereka menjayakan agenda tersebut sehingga menjadi perbahasan hangat di Parlimen satu waktu dulu.

Saya melihat bahawa kekacauan yang berlaku kepada negara sehingga membawa kepada pelbagai permasalahan seperti keruntuhan agama, kerosakan akhlak generasi muda, kelemahan orang Melayu, perpecahan masyarakat, sifat benci, dendam antara kaum, kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB), hilangnya rezab Tanah Melayu, dasar pendidikan yang celaru, kehancuran sistem kehakiman, budaya rasuah, agama menjadi sampingan dan lainnya adalah berpunca dari dasar UMNO sebagai peneraju Barisan Nasional (BN).

Siapakah yang menggagalkan DEB? Tidak lain adalah UMNO yang menyerahkan projek-projek yang diperolehi dari kerajaan kepada tauke-tauke Cina (projek Ali Baba). Siapakah yang mengkayakan Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Ananda Krisnan (sekadar menyebut beberapa nama) dan yang lainnya kalau bukan UMNO?

Siapakah yang menghilangkan tulisan jawi di sekolah-sekolah, menjual tanah rezab orang Melayu, menjadikan mahkamah bahan ketawa masyarakat dunia, mengikat lidah para mahasiswa, mengikat lidah para ahli agama dan mufti-mufti kalau tidak UMNO?

Penyakit rasuah bukan sahaja menjadi budaya dalam struktur organisasi kerajaan tetapi turut berjangkit ke peringkat pemilihan pemimpin hatta di peringkat cawangan sekalipun. Jika parti sendiri telah bergelumang dengan rasuah, perpecahan dan kerosakan akhlak, bagaimana parti itu mampu untuk mentadbir dan mengendalikan pemerintahan yang bersih dari rasuah, perpecahan masyarakat dan membina akhlak negara?

MEMBINA DAN MERUNTUH

Kita tak menafikan UMNO banyak meluluskan bajet kewangan dalam menguatkan syiar agama dan dakwah seperti JAKIM, Pejabat Agama, Perkim, Tabung Haji dan lainnya namun dalam masa yang sama UMNO juga meluluskan program-program yang merosakkan agama.

Bagaimana rakyat akan menjadi baik jika baja dan racun diletakkan bersama? Ibarat pohon yang diletakkan baja tetapi dalam masa yang sama, serangga yang merosakkan pohon juga diletakkan sama. Ini satu kerja bodoh namanya.

Pemerintahan UMNO dicanang menjadikan perjuangan agama, bangsa dan negara sebagai dasar utamanya, tapi selepas lebih 50 tahun apakah yang kita terima daripada perjuangan mereka? Adakah agama semakin kuat? Adakah orang Melayu semakin kuat kini?

Realitinya jelas di hadapan mata kita. Semakin lama dibiarkan UMNO memerintah, agama dan bangsa Melayu semakin lemah. Slogan perjuangan hanya tinggal laungan saja dimana hakikat yang sebenar mereka tiada kemampuan lagi untuk menguatkan agama dan orang Melayu. Perjuangan mereka hanyalah untuk kekuasaan dan kekayaan.

Hal ini disedari oleh kebanyakan pemimpin UMNO yang jujur dan ikhlas. Tun Mahathir sendiri menyatakan bahawa penyakit dalam UMNO tidak boleh lagi dapat diubati, kerana busuknya sudah sampai ke perut.

Memang ada program pembangunan untuk kebaikan rakyat yang dirancang atau dijalankan oleh kalangan pemimpin UMNO yang jujur dan ikhlas, namun kerana penyelewengan yang lebih hebat dilakukan oleh majoriti pemimpin UMNO lain, menyebabkan banyak program tersebut yang tidak mencapai matlamatnya.

Justeru, saya menyeru kepada semua sahabat yang memimpin apa jua pertubuhan atau Madrasah atau Tasawwuf agar menyedari hakikat ini. Kita perlu mempunyai keberanian menunaikan hak rakyat sebagaimana yang dituntut Islam. Ketaatan pada pemimpin adalah bersyarat selagi mereka berada dalam ketaatan pada Allah dan Rasul dengan mengamalkan sifat amanah, adil, mengajak berkasih sayang semua kaum, kebebasan, cekap dalam pengurusan dan melaksanakan ajaran Allah. Jika mereka melanggar dasar tersebut, maka kita sebagai rakyat wajib menukar mereka dengan golongan lain yang lebih baik untuk melaksanakan dasar-dasar tersebut.

KUASA RAKYAT

Kita rakyat adalah tuan kepada negara ini, orang politik hanyalah sebagai pemegang amanah rakyat dalam menguruskan negara kita. Jika mereka dilihat tiada mampu mentadbir dengan apa yang kita inginkan, maka kita sebagai tuan boleh menukar mereka dengan pentadbir yang lain. Kita tidak boleh taksub dengan mana-mana pentadbir, kita masyarakat Islam hanya boleh taksub kepada Al-Quran dan Sunnah. Mana-mana pemimpin atau parti yang dilihat mampu mengamalkan dasar-dasar Al-Quran, maka merekalah yang wajib kita angkat sebagai pemimpin untuk menguruskan negara ini.

Pada hemat saya, penggabungan Pakatan Rakyat yakni PAS, PKR dan DAP menepati prinsip Islam yakni untuk menegakkan keadilan, amanah, kasih sayang sesama kaum dan menentang penyelewengan pengurusan harta rakyat. PAS, PKR dan DAP bersetuju berpegang pada prinsip-prinsip yang sama dan itulah prinsip yang selari dengan hukum Allah, yang wajib diutamakan dari keutamaan yang lain. Ia menepati Fiqh Awlawiyyat yakni mengutamakan perlaksanaan hukum Allah yang menepati kehendak dan keperluan semasa dengan tetap akan melaksanakan hukum-hukum yang lain apabila tiba masa yang sesuai.

Penggabungan PAS-UMNO tidak boleh dijalankan pada waktu ini kerana semua prinsip tersebut telah dilanggar UMNO. Dasar UMNO meletakkan kebendaan mengatasi agama, sedangkan dasar PAS meletakkan agama mengatasi kebendaan. Jika bergabung dengan PAS, UMNO akan dapat memanjangkan lagi talian hayat mereka untuk terus menyambung kerja-kerja buruk mereka. Mengharapkan mereka insaf dengan idea penyatuan tersebut adalah amat sukar kerana perangai buruk sudah menjadi tabiat mereka sehingga jika orang UMNO tidak menyeleweng harta rakyat, ia dianggap amat ganjil.
Bersambung...

Sunday, May 16, 2010

Perginya Satu lagi Ulama' Agung..

Selamat Jalan Tokoh rujukan para Wali Allah


ImageDengan suasana masih gundah dan berkabung atas Mangkatnnya Al Arif Billah Al Qutb Alhabib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf rahimahullah di Jeddah, maka kamis sore 13 Mei 2010 menyusul pula teman seperguruan beliau, Al Arif Billah Alhabib Ali bin Jakfar Alaydrus rahimahullah.

Beliau sudah dianggap guru rujukan bagi para ulama besar dan para ahli makrifah billah khususnya para habaib terkemuka di dunia, sebagaimana Al Arif Billah Alhabib Hasan bin Abdullah Assyatiri rahimahullah, Al Allamah Al Musnid Alhabib Muhammad bin Alwi Al Malikiy Rahimahullah, juga para Tokoh ulama habaib saat ini seperti Al Allamah Al Musnid Alhabib Umar bin Hafidh, Al Allamah Al Musnid Alhabib Salim bin Abdullah Assyatiri, Al Allamah Almusnid Alhabib Zein bin Ibrahim bin Smeith, dan banyak lagi para tokoh Makrifah billah dan para Musnid Hadits berkunjung silaturahmi pd beliau, tiadalah satu dari mereka kunjung ke Malaysia mestilah bersilaturahmi pada beliau.

Beliau orang yg sangat sederhana, dengan rumah yg sangat kecil, sempit dan tergolong rumah dari rakyat jelata kalangan fuqara, ruang tamunya tak pernah kosong dari ratusan botol air aqua dari para tamu yg meminta air doa dari beliau, beliau sangat santun pada para tamu dari segala kalangan, kalangan kaya, miskin, ulama, awam, dan siapapun, jika mereka kunjung pada jam makan, maka tak mungkin tamunya diizinkan pulang sebelum makan bersama beliau, dan salah satu sifat rendah hati yg sangat mengagumkan pada pribadi beliau adalah selalu meminta doa dari tamunya, tak pernah mau beliau berdoa kecuali tamunya yg berdoa, jika tamunya tak mau berdoa maka tak diizinkan pulang, demikian santun budi pekerti beliau.

Ayah beliau Adalah Al Arif Billah Al Musnid Al Allamah Alhabib Jakfar Alaydrus, seorang yg sangat memanjakan Guru Mulia Al Musnid Alhabib Umar bin Hafidh ketika masih bocah. Dan ayah beliau ini terkenal sekali dan masyhur dikalangan para wali Allah swt, ayah beliau dimakamkan di pekuburan Zanbal, di samping Makam Qutbinnufuus Al imam Abdullah Alaydrus Akbar bin Imam Abdurrahman Assegaf, di kota tarim Hadramaut Yaman.

Al habib Ali bin Jakfar alaydrus ini pernah lama tinggal di Subang Jawa barat, Indonesia dimasa kecilnya,

suatu pengalaman, bahwa saya sering kunjung pada beliau jika kunjung ke Malaysia, beliau sangat memanjakan saya jika pendosa ini datang, beliau selalu tersenyum gembira, lalu saya minta doa beliau maka beliau berdoa, berbeda dengan tamu lain yg selalu beliau menolak untuk berdoa kecuali tamunya yg mesti berdoa, namun permintaan saya tak ditolak oleh beliau, seraya mengangkat tangannya setinggi tingginya hingga keatas kepala, kedua telapak tangannya dipadukan, dan wajah beliau menunduk.., lalu suara rintih keluar dari bibirnya tak bisa saya pastikan apa yg diucap, benar benar gerakan doa yg menggambarkan posisi yg sedang sangat mengemis pd Yang Maha Luhur…, belum pernah saya lihat orang berdoa dg posisi sekhusyu dan seperti ini dalam merendahkan diri pada Allah swt..

Setelah itu saya pamitan, padahal saya tahu kebiasaan beliau yg saya dengar dari semua orang yg mengunjungi beliau, jika waktu makan tak akan diizinkan pergi, saya berkata lembut : “saya pamit wahai habib..”, beliau menunduk dan berkata lembut pula : “tidak makan dulu kah?”, saya menjawab : “saya pamit jika habib ridho”, beliaupun berdiri mengizinkan kepergian kami, lalu terbersit dihati saya : “aku terbebani hutang sangat besar karena masalah perluasan dakwah di Indonesia, mudah mudahan kedatanganku kesini bisa membuat Allah menyelesaikan masalah hutang2ku.., beban beratku ini kutumpahkan pada habib Ali, semoga Allah swt meringankanku”, demikian renungan saya sambil melangkah keluar kediaman beliau..

Saat itu saya tidak sendiri, ada beberapa orang yg bersama kami, mereka kagum dan berkata : “kami sering kunjung kesini, belum pernah habib Ali mau berdoa kecuali saat kamu yg memintanya, belum pernah habib Ali izinkan kami pamitan diwaktu makan kecuali saat kamu yg minta izin pulang..”, dan salah satu diantaranya adalah seorang pengusaha sukses, maka saat kami sudah keluar rumah, beliau memanggil orang itu, dan membisikinya sesuatu, lalu beliau masuk rumah..

Orang tsb mendatangi saya, dan berkata : “Habib Ali berkata pada saya, kamu punya hutang dakwah yg besar dan berat yg harus dibayarkan, saya diperintah habib ali untuk melunasi semua hutangmu”

Saya kaget dan berpaling pd beliau, ternyata beliau sudah masuk rumah menutup pintu.., subhanallah..

Beliau selalu memanjakan saya jika pendosa ini datang, sekali waktu saya datang silaturahmi, kepala ini penuh dengan permasalahan dakwah yg bagai gunung menindih, kesibukan, masalah perluasan, pengaturan dll, maka saya datang dg lemah, duduk dihadapan beliau, maka beliau diam, diam, lalu menggeleng2kan kepala beliau, lalu menangis, dan berkata : Berat… berat.., sambil mengipasi dirinya dg kipas ditangannya dan mengipasi saya pula.., tak lama saya pamit begitu saja, beliau berdoa lagi, belum sampai saya di Jakarta kecuali seluruh masalah dakwah telah selesai.

Pernah suatu kali Al Allamah Almusnid Al Habib Muhammad bin Alwi Al Malikiy rahimahullah kunjung pada beliau, sepanjang jalan Alhabib berbicara tentang rindunya pd Rasulullah saw, maka ketika sampai dikediaman beliau, maka semua tamu tidak diperkenankan masuk, kecuali Al Allamah Alhabib Muhammad Al Malikiy, mereka masuk berdua cukup lama, lalu keluarlah Al Allamah Alhabib Muhammad Al Malikiy rahimahullah dg airmata yg bercucuran.., seraya berkata : hajat saya sudah terkabul… terkabul.. terkabul.., sambil menutup wajah beliau tanpa berkata kata pada siapapun atas apa yg terjadi didalam

Kamis sore dinihari 13 mei Al Arif billah Alhabib Ali bin Jakfar Alaydrus rahimahullah menghembuskan nafas yg terakhir… khususnya seluruh para habaib di Malaysia gempar, dan dunia para habaib sepuh pun gempar terkena kabar duka ini..

Rasul saw bersabda : “Para shalihin wafat satu demi satu, tersisalah sisa sisa sampah tak berarti dimata Allah, dan Allah swt tak perduli lagi dg keadaan mereka” (Shahih Bukhari).

Maksud hadits ini adalah keberadaan para shalihin menguntungkan bumi, mereka terus berdoa untuk keselamatan ummat, pengampunan untuk para pendosa, terus beribadah pada Allah swt hingga Allah swt banyak menyingkirkan musibah sebab doa dan rintihan mereka, maka jika mereka tiada, Allah swt tak lagi melihat sisa penduduk dunia karena mereka tak perduli dg Allah swt, maka Allah swt tak perduli lagi musibah musibah yg akan diturunkan pada mereka, entah musibah atau kenikmatan, entah cobaan atau kekacauan..

Rabbiy,, bangkitkan para pengganti dari para shalihin kami yg terus wafat dan wafat, munculkan kembali generasi para shalihin yg menjadi paku penahan musibah bagi ummat, muliakan Guru tercinta yg mulia ini dipangkuan Kelembutan dan Keridhoan Mu, dan sertakan kami dalam pembagian waris dari keluhuran beliau disisi Mu, amiin..

Sumber: http://www.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_content&task=view&id=282&Itemid=1

Jangan sakiti Rasulullah..

Oleh SYEIKH MUHAMMAD FUAD KAMALUDIN AL-MALIKI
SESIAPAPUN akan merasa sedih dan terguris hati jika keburukan kedua ibu bapanya disebut-sebut di hadapannya kalaupun ia suatu yang benar dan bukan sekadar tuduhan. Inilah fitrah hubungan kasih dan sayang yang ada di antara seseorang itu dengan ibu bapa kandungnya.

Keburukan apakah yang lebih besar daripada kekufuran dan kekufuran siapakah yang lebih jelas daripada Abu Lahab sehingga celaan Allah SWT terhadapnya terakam jelas di dalam al-Quran. Tetapi apabila sampai ke telinga Nabi SAW bahawa ada sahabat yang mengungkit tentang kekufuran dan penentangan Abu Lahab di hadapan anak perempuannya yang Muslim,
Nabi SAW telah melarang dan menegur perbuatan itu dengan sabdanya,
"Jangan engkau mencerca mereka yang mati, lalu engkau menyakiti mereka
yang hidup." (Riwayat al-Tirmizi).

Jika itulah sikap Nabi SAW dalam kes Abu Lahab, bagaimanakah pula jika ibu dan ayah Nabi SAW sendiri yang disebut dan diungkit sebagai kufur dan berada dalam neraka? Adakah Nabi SAW tidak terguris hati atau merasa disakiti, tanpa mengira apa pun niat si penyebut? Lebih buruk lagi keadaannya jika diinsafi bahawa pandangan yang ibu dan ayah Nabi
itu kufur adalah tidak benar dan bercanggah dengan pandangan jumhur ulama umat ini. Maka kenyataan tersebut turut merupakan suatu pendustaan dalam isu yang begitu dekat dengan kekasih Allah SWT dan makhluk-Nya yang paling mulia.

Malangnya, akhir-akhir ini, telah beberapa kali dakwaan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW itu kufur dan berada dalam neraka di ketengahkan dalam masyarakat kita secara terbuka dalam media perdana oleh para pendakwah yang popular dan dikenali ramai. Dalam keadaan begitu, tidak mustahil akan ramai ahli masyarakat yang tidak berkeahlian akan mudah terpengaruh, lantas sama-sama mengulangi kalimah yang pastinya menyakiti Nabi SAW itu. Mahukah kita jika umat Islam di Malaysia sampai terhitung sebagai tidak peka dengan apa yang menyakiti Nabi SAW? Bukankah ini boleh mengundang kemurkaan Allah dan Rasul-Nya?

Isu Yang Tak Patut Ditimbulkan

Jika diteliti secara insaf, sebenarnya tidak terdapat satu sebab pun yang munasabah untuk isu status ibu dan bapa Nabi SAW kita ungkit dan ditimbulkan di tengah-tengah masyarakat kita. Jika tidak ditimbulkan isu ini, masyarakat kita amnya mempunyai tanggapan yang sangat mulia
terhadap ibu dan bapa Nabi SAW. Sikap ini adalah sikap yang lebih tepat dan berasas, seperti yang akan kita huraikan. Kalau pun ada yang bertanggapan bahawa ini adalah suatu sikap yang bercanggah dengan hadis, apakah isu ini menepati keutamaan yang begitu tinggi dan
mendesak sehingga perlu ditimbulkan. Adakah selama ini dengan memuliakan ibu dan bapa Nabi SAW telah begitu merugikan dan memundurkan Islam dan umatnya di Malaysia?

Selain kerana tiada keperluan jelas untuk ditimbulkan, isu ini juga tidak patut ditimbulkan secara terbuka kerana untuk benar-benar menganggapnya secara adil menuntut kajian dan penelitian ilmiah khusus. Kenapalah kita perlu menyibukkan masyarakat awam dengan
persoalan-persoalan yang tidak mudah atau tidak mampu untuk mereka sikapi dengan adil?

Sebenarnya, isu ini ada persamaan dengan beberapa isu-isu agama yang sifatnya kompleks dan boleh mengelirukan yang suka ditimbulkan oleh segelintir penceramah akhir-akhir ini. Walaupun kita sangat keberatan membahaskannya, tetapi apabila sudah ada yang menimbulkannya secara terbuka maka wajiblah pula penjelasan dibuat agar masyarakat tidak
keliru dan tersalah faham. Pendek kata ia sudah menjadi suatu kemungkaran dan kezaliman ilmiah yang wajib dicegah dan dibetulkan.

Fahaman Yang Lebih Sejahtera

Pandangan yang mendakwa ibu dan bapa Nabi SAW adalah kufur dan berada dalam neraka sebenarnya berpunca daripada dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Dalam salah satunya, Nabi SAW bersabda bahawa Baginda tidak diizinkan oleh Allah memohon keampunan bagi ibu Baginda tetapi diizinkan menziarahi kuburnya. Dalam hadis kedua, Nabi
SAW diriwayatkan menjawab pertanyaan seorang lelaki tentang nasib bapanya dengan menjawab bahawa ayah lelaki tersebut dan ayah Baginda sendiri berada dalam neraka. Walaupun sahih dari segi sanadnya tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa teks hadis-hadis ini tidak boleh difahami secara zahir semata-mata. Ia adalah suatu yang biasa berlaku
dalam kita berinteraksi dengan hadis. Bukan hanya kesahihan sanad menjadi penentuan hukum daripada sesuatu hadis. Terdapat juga kaedah-kaedah tertentu dalam memahami teks hadis itu sendiri yang perlu dipatuhi.

Berdasarkan kaedah-kaedah dalam memahami teks hadis, hadis-hadis di atas sebenarnya tidak mendokong kesimpulan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW kufur dan diazab. Pertamanya, makna zahir hadis-hadis ini tidak boleh dipegang kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan
hadis-hadis lain. Antaranya, ayat-ayat dan hadis yang mensabitkan bahawa Nabi SAW adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara seperti ayat 219, surah al-Syu'ara' yang bermaksud, "dan (Allah melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud". Ibnu
'Abbas r.a, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim serta dalam tafsir-tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi, berpendapat bahawa ayat ini bermaksud bahawa Nabi SAW telah berpindah dari satu sulbi ke satu sulbi di kalangan nenek moyang yang sujud dan
beriman. Hal ini disokong oleh hadis-hadis yang merakamkan bahawa Nabi SAW pernah memuji atau berbangga dengan ibu bapa dan keturunannya, sedangkan adalah tidak wajar Nabi SAW melakukan demikian jika mereka itu syirik atau kufur.

Maksud zahir hadis-hadis ini juga bertentangan dengan nas-nas al-Quran berkenaan kaedah bahawa Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum dikirimkan para rasul-Nya untuk menyampaikan agama yang benar (al-Israa':15, al-An'aam:131, al-Syu'araa', al-Nisaa':165). Terdapat pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim
kepada kaum Nabi Muhammad SAW sebelum kebangkitan Baginda (Saba':44, al-Qasas:46). Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah kedua-dua ibu dan bapa Nabi SAW sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul
Fatrah, iaitu mereka yang berada di zaman yang tiada rasul, menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab.

Ada juga pandangan ulama yang mentakwilkan makna 'abi' dalam hadis kedua yang zahirnya bermaksud 'ayah' kepada Abu Talib atau Abu Lahab, bapa-bapa saudara Nabi SAW dan bukannya Abdullah, bapa Baginda SAW.
Penggunaan panggilan sebegini memang berlaku dalam bahasa Arab dan dalam al-Quran sendiri dalam kes Nabi Ibrahim AS (al-An'aam : 74). Ada juga pandangan ulama bahawa kedua-dua hadis Riwayat Muslim itu memang perlu ditakwilkan kerana makna zahirnya bercanggah. Jika ibu Nabi SAW benar-benar kafir, Nabi SAW tidak akan diizinkan Allah SWT untuk
menziarahi kuburnya.

Kita juga telah menyentuh bagaimana mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW berada di dalam neraka akan menyakiti Nabi SAW. Menyakiti Nabi dengan apa cara sekalipun adalah jelas diancam di dalam al-Quran dengan laknat Allah SWT di dunia dan akhirat serta dijanjikan dengan siksa yang pedih dan hina (al-Tawbah:61 dan al-Ahzab:57). Melihat betapa
besarnya kesalahan ini, tidak hairanlah Saidina Umar bin Abdul Aziz dilaporkan telah mengancam seorang pegawainya yang mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW musyrik dengan hukuman dipotong lidahnya, dipotong tangan dan kakinya dan dipancung kepalanya. Lalu pegawai itu dilarang memegang apa-apa jawatan sepanjang khilafahnya.(Tarikh Ibn 'Asakir).
Imam al-Alusi (m.1127H) pula dalam Tafsir Ruh al-Maaninya ada memberi amaran keras, "Aku bimbangkan kekufuran terhadap seseorang yang menuduh ibu dan ayah Nabi SAW (kufur) (Jilid 11, ms.207).

Perincian dan huraian lanjut tentang pandangan para ulama yang membela ibu dan bapa Nabi SAW boleh didapati dalam beberapa kitab termasuk kitab-kitab khusus karangan Imam al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Masalik al-Hunafa dan al-Ta'dzim wal Minnah, kitab al-Hujaj
al-Wadhihaat karya ulama' Makkah, Al-'Allamah Sayyid Ishaq Azzuz, kitab Sadad al-Din oleh Imam al-Barzanji, kitab Hadyu al-Nairain karya al-Allamah Prof.Dr.Judah al-Mahdi dari Universiti al-Azhar Mesir dan fatwa Mufti Mesir, Al-Syeikh Dr.Ali Jum'ah dalam koleksi fatwanya, al-Bayan. Insya-Allah dalam masa terdekat, kami akan mengeluarkan
terjemahan dan sedutan daripada kitab-kitab ini dalam bahasa Melayu.
Jelas daripada perbahasan ringkas kita ini bahawa, jika kita mahu, ruang untuk kita mempertahankan keimanan dan terselamatnya ibu dan bapa Nabi SAW yang mulia adalah luas terbentang. Kalaulah bersangka baik itu terpuji, maka apakah lagi situasi yang lebih utama untuk kita bersangka baik selain dalam isu ini yang membabitkan hak kekasih dan
makhluk yang paling dimuliakan oleh Allah SWT. Ia juga sebenarnya adalah sangka baik kita terhadap Allah SWT sendiri yang Maha Kaya lagi Berkuasa untuk meletakkan zuriat kekasih-Nya dalam rantaian keturunan hamba-hamba-Nya yang terpilih.

Di sebalik episod yang sangat mengguris hati ini, mungkin ada beberapa hikmah dan pengajaran yang perlu diambil. Para penceramah yang giat mengisi ruang dakwah di tengah masyarakat mestilah sangat berhati-hati dalam memilih kandungan dan mesej dakwah mereka. Ini kerana, bersama populariti dan kemasyhuran itu datangnya amanah yang dipertanggungjawabkan. Bagi masyarakat pula, di zaman ledakan informasi ini yang turut menyaksikan informasi agama turut tersebar tanpa kawalan, mereka perlulah lebih berhati-hati dalam mempercayai apa yang mereka baca dan dengar. Maklumat agama yang keluar di akhbar, terdengar di radio, tersiar di TV dan popular di internet tidaklah semestinya dijamin betul dan benar. Dalam bab agama, janganlah kita malas mengkaji dan mempastikan kerana akhirat kitalah yang jadi pertaruhannya. Isu ini juga adalah satu contoh jelas bagaimana sikap terlalu merujuk kepada Sunnah tanpa berpandukan kaedah dan panduan para ulama muktabar adalah sikap yang silap dan merbahaya. Janganlah kita mudah terbawa-bawa dengan sesetengah aliran yang mendakwa sebagai menjuarai Sunnah sedangkan hakikatnya mereka sering menzalimi Sunnah
dan yang empunya Sunnah SAW. Semoga Allah SWT menjadikan kita di kalangan mereka yang sentiasa menggembirakan dan mempertahankan kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW.

Penulis ialah Ali Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Penasihat
Yayasan Sofa Negeri Sembilan

Wednesday, April 28, 2010

Kasih Kekasih..

video

Inilah sambutan rahmat Ilahi, sedikit yang kita ketahui dan samudera keluasan yang akan tumpah kepada kita tidak kita ketahui, maka mohonlah, memintalah, berdoalah, bermunajatlah dan ingatlah bahwa kita selalu dalam doa nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.

Sebagaimana riwayat Shahih Muslim : "mengalir air mata beliau ketika membaca ayat bahwa nabi Isa As melepas diri dari ummatnya yang berdosa, nabi Musa As melepas diri dari ummatnya yang berdosa",maka menangislah sang nabi hingga turun Jibril As dan bertanya: " Apa yang membuatmu menangis wahai Rasulullah?", maka Rasul berkata: " Ummatku, ummatku…sungguh aku tidak bisa melepas diri dari ummatku yang pendosa "...

Demikian cinta sayyidina Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, tidak ada yang lebih mencintai kita dari Rasulullah, tidak di dunia dan tidak pula di akhirah, karena di akhirat kelak semua orang tidak mau mendekat dengan pendosa, seorang ayah tidak mau mengakui anaknya yang pendosa karena takut dituntut oleh anaknya, demikian pula seorang anak tidak juga mau mengakui ayahnya yang pendosa karena takut dituntut juga, demikian pula teman dengan teman, kekasih dengan kekasih..

Akan tetapi sayyidina Muhammad mengalirkan air mata dengan berkata: " Wahai Jibril, aku tidak bisa meninggalkan ummatku yang pendosa"...

Demikian indahnya cinta beliau kepada kita, maka Jibril As naik dan menghadap Allah dan kemudian kembali kepada Rasulullah dan berkata: " Wahai Rasulullah, Allah subhanahu wata'ala telah menjawabmu, Allah berkata: " Aku tidak akan mengecewakanmu dengan masalah ummatmu", engkau akan memberi syafaat kepada semua ummatmu walaupun mereka penuh dosa pasti mereka akan sampai ke surga Allah subhanahu wata'ala dengan syafaatmu".

Dengan tangisan air mata beliau untuk para pendosa dari ummatnya masih beliau sayangi, jangan sampai mereka kekal di neraka, tentunya Allah memiliki hak untuk membersihkan dosa-dosa mereka di dalam neraka karena banyak berbuat kemunkaran, namun selama mereka tidak menyembah selain Allah, selama mereka mengakui nabi Muhammad utusan Allah, maka mereka di dalam naungan doa sayyidina Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam untuk sampai ke syurga Allah, mereka dalam tangisan air mata Rasulullah untuk masuk ke syurga Allah, sehingga beliau bersbda:

مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لَا إلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الْجَنَّةَ

" Barang siapa yang meninggal dan dia mengetahui bahwasanya tidak ada sesembahan yang berhak untuk disembah kecuali Allah, akan masuk surga”.

Namun tentunya bisa melewati neraka yang lama jika ia banyak berbuat dosa. Kita bermunajat kepada Allah subhanahu wata'ala semuga Allah subhanahu wata'ala memuliakan kita di dunia, memuliakan kita di barzakh, memuliakan kita di akhirah, semuga Allah menjadikan kita semakin cinta kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang dengan itu membuka dan menjadikan kita untuk mencintai Allah subhanahu wata'ala Ya Rahman Ya Rahim, banyak diantara kami yang terkena musibah,kesulitan dan masalah dan kami semua telah mendengar firman-Mu bahwa barangsiapa yang bertakwa kepada-Mu maka akan Kau limpahkan kemudahan, dan Kau tumpahkan rezki tanpa kami sedari, dan kehadiran kami disini adalah bentuk ketakwaan maka limpahruahkanlah rezki kepada kami Ya Allah, rezki yang zhahir dan yang bathin dan limpahkan pula kemudahan dan penyelesaian dari setiap masalah-masalah kami, angkat segala kesulitan dan kesedihan serta anugerahkan kepada kami kebahagiaan di dunia dan akhirah, Ya Rahman Ya Rahim…

-Syarahan Habib Munzir al-Musaawa-

Wednesday, April 14, 2010

Kalaulah Sayang Ada Bersama..

Begitulah fikiran nakalku menggerakkan aku me'YM' sahabatku...'kalaulah syg ada bersama...', saja nak promot video yg sgt menarik buat tontonan sahabat2..video ini bersiri dan diberi nama "لو كان بيننا الحبيب"(kalaulah syg(Saidina Muahammad SAW) ada bersama)...ada jg yg marah stlh diYM, huhu..akhirnya setelah dipromot, tersenyum lebar mereka..hehe =p



Qasidah "sudah lama aku mengadu":
طالما أشكوا غرام يا نور الوجود
Begitu lama aku mengadukan cintaku, wahai "Cahaya Kewujudan"

و أنادى يا تهامي يا معدن الجود
Dan begitu lama aku menyeru, wahai nabi yang lahir di Tihamah(Mekah), wahai "Lombong Kedermawan"

منيتي أقصى مرامي أحظى بالشهود
Impianku setinggi cita2, agar diberi tuah melihatmu

و أرى باب السلام يا زكى الجدود
Dan agar kulihat pintu Baabus-Salam di masjidmu, Nabi yg suci para leluhurnya

يا طراز الكون إني عاشق مستهام
Wahai "Sulaman Penghias Alam Semesta", sesungguhnya aku, benar2 dirundung cinta bersulam derita

مغرم و المدح فنى يا بدر التمام
Mabuk kepayang denganmu, sedangkan madah pujian menjadi seniku, wahai "Purnama Nan Sempurna"

إصرف الإعراض عني أضناني الغرام
Hindarkanlah berpaling dariku, cintaku ini telah melemah-longlaikan tubuhku

فيك قد أحسنت ظني يا سام العهود
Sungguh padamu lah aku menaruh sangkaan baik, wahai nabi yang tinggi dan luhur janji2nya

يا سراج الأنبياء يا عالى الجناب
Wahai "Lantera Para Nabi", Wahai nabi yg tinggi kedudukannya

يا إمام الأتقياء إن قلبي ذاب
Wahai pemimpin org yg bertaqwa, sungguh hatiku telah mencair(lantaran panasnya kobaran api cinta)

و عليك الله صلى ربي ذو الجلال
Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atasmu, Dialah Tuhanku yang memiliki keAgungan

يكفي يا نور الأهلة إن هجري طال
Cukuplah, wahai "Cahaya Rembulan", sesungguhnya hijrahku(untuk bertemu dgnmu) sudah begitu lama

Sunday, April 4, 2010

Tangisan Subuh..

BELANGSUNGKAWA::

Subuh hari ini, Ahad, tanggal 19 Rabi`ul Akhir 1431H bersamaan 4 April 2010M menyaksikan pemergian almarhum almaghfurlah al-Habib al-Quthub 'Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdul Rahman as-Saqqaf rahimahUllah di Jeddah. Insya-Allah, jenazah almarhum akan disemayamkan selepas 'asar di Makkah al-Mukarramah. Moga-moga yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Sama-samalah kita mendoakan pemergian almarhum dan memohon agar kita turut memperolehi keberkatan almarhum...... al-Fatihah.

Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com/

Thursday, March 4, 2010

Walking Along The Prophet's Trail


http://www.mediafire.com/?xj40ojney3i
Mari telusuri sirah Rasulullah S.A.W...di
Auditorium Kuliyah Farmasi,IIUM Kuantan.
Ahad, 7 Mac 2010
Program 1 hari hanya dgn RM 3
Makanan disediakan
Fail dan pen untuk 200 penonton terawal
Align Center

TENTATIF:
8.30am: Pendaftaran peserta
9.00am: Kehadiran VIP
9.30am: Sesi 1: Pengenalan Fiqh Sirah
10.30am: Minum pagi
11.00am: Sesi 2: Bedah buku Fiqh Sirah Jilid 1
12.15pm: Sesi soal jawab(sesi 1 dan 2)
12.45pm: Solat zuhur dan makan tengahari
2.00pm: Sesi 3: Bedah buku Fiqh Sirah Jilid 2
3.00pm: Sesi 4: Bedah buku Fiqh Sirah Jilid 3
4.00pm: Sesi soal jawab(sesi 2 dan 3)
4.20pm: Bersurai

Tuesday, February 16, 2010

THE REAL LIFE DESTINY

Keliru tentang kehidupan dunia? Hidup x bermakna? Akhir kehidupan? Apa terjadi disebalik kehidupan(beyond our worldly life)? Bagaimana mau berubah?...Semuanya akan terungkai di...WORLD STORY: WONDERING THE REAL LIFE DESTINY~~~

Melahirkan kesedaran dalam umat Islam tentang kebenaran bahawa kehidupan di dunia ini adalah ujian daripada Allah dan akhirat itu tempat pembalasan segala perbuatan. Selain itu, program ini bertujuan untuk menanam semangat dedikasi dalam melakukan tanggungjawab seharian.


WORLD STORY: WONDERING THE REAL LIFE DESTINY

DELIVERED BY:
1. USTAZ ZAHAZAN MOHAMED, penyampai kuliyah tafsir ikim.fm.
2.USTAZ PAHROL MOHAMAD JUOI, editor SOLUSI.
3.NORDIN JAAFAR, vokalis Raihan.

PERJALANAN PROGRAM:
-SLOT 1 oleh Nordin Jaafar
-SLOT2 oleh Ustaz Pahrol
-Slot 3 oleh Ustaz Zahazan
-SLOT 4: Forum oleh ketiga2 penceramah di atas.

WAKTU:
20 FEB 2010
8.30 AM-2.00PM

TEMPAT:
UIA KUNTAN.

Dapatkan tiket segera!!!!
Pelajar: RM 4
Dewasa: RM 5

Makanan disediakan...hadiah untuk 100 peserta terawal!!! Cepat2 isi masa anda dengan pengisian bermanfaat..sapa lambat dia rugi..=)



Sunday, February 14, 2010

LAYAKLAH BG MEREKA,SUATU YG LEBIH BAIK DARI SYURGA...

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

( التوبة : 100 )

“Orang-orang yang terdahulu lagi pertama-tama (masuk Islam) dari kelompok muhajirin dan anshar, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah, dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar “ . ( QS. At Taubah : 100 )

Firman Allah subhanahu wata’ala : “ Dan orang-orang terdahulu “ , bukan kita . Muhajirin dan Anshar , Muhajirin adalah orang-orang yang pindah dari Makkah meninggalkan kampung halamannya menuju Madinah, bukan kita, Kaum Anshar yang menyambut kedatangan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam berhijrah dari Makkah ke Madinah bukan kita, sedangkan kita tidak mendapat bagian itu. Orang-orang terdahulu adalah para Muhajirin dan Anshar , Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda tentang kaum Anshar :

عَلاَمَةُ اْلِإيْمَانِ حُبُّ اْلَأنْصَارِ وَعَلاَمَةُ النِّفَاقِ بُغْضُ الْأَنْصَارِ

“ Tanda keimanan adalah mencintai kaum Anshar dan tanda kemunafikan adalah membenci Anshar “(Shahih Bukhari)

Mengapa demikian ? karena kaum Anshar mencintai sayyidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam , dan orang yang mencintai bersama dengan orang yang dicintai , sehingga Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

فَاطِمَةُ بِضْعَةٌ مِنِّي أَبْغَضَنِيْ مَنْ أَبْغَضَهَا وَأَحَبَّنِيْ مَنْ أَحَبَّهَا

“ Fathimah adalah belahan jiwaku , yang membuatnya marah maka telah membuatku marah dan yang membuatnya gembira maka telah membuatku gembira "

Demikian pula keadaan para Muhajirin dan Anshar , sayyidatuna Fathimah termasuk Muhajirin yang hijrah bersama Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam menuju Madinah Al Munawwarah walaupun tidak satu rombongan , jadi Muhajirin dan Anshar itu bukanlah kita.

Tetapi Allah tidak ingin menjauhkan kemuliaan Muhajirin dan Anshar dari kita , yaitu dg firman Nya swt keterusannya : “dan yang mengikuti mereka degan kebaikan” . Kita tadi mendengarkan hadrah hal itu adalah mengikuti kaum Anshar , kita mengikuti dengan kebaikan, kita mencintai kaum Muhajirin dan Anshar maka kita termasuk sekelompok dengan mereka. Bagi mereka yang mengikuti kaum Muhajirin dan Anshar dalam kebaikan maka Allah ridha terhadap mereka, apa itu ridha ? yaitu restu dan cinta . Jika Allah telah merestui dan cinta, maka apalagi cita-cita di atas itu !?. Ketika seseorang telah masuk ke dalam sorga yang paling mewah, indah dan megah , maka Allah memanggil hamba-Nya dan berfirman :

يَا عِبَادِيْ أَلَا أُعْطِيْكُمْ أَفْضَلُ مِنْ ذَلِكَ ؟

“ Wahai hamba-hamba-Ku , maukah kalian Kuberi yang lebih baik dari itu ( surga yang megah dan indah) ? “

Maka hamba-hamba itu berkata :

ياَرَبِّ وَأَيُّ شَيْئٍ أَفْضَلُ مِنْ ذَلِكَ ؟

“ Wahai Allah , apalagi yang lebih baik dari itu ? “

Maka Allah menjawab:

أُحِلَّ عَلَيْكُمْ رِضْوَانِيْ فَلاَ أَسْخَطُ عَلَيْكُمْ بَعْدَهُ أَبَدًا

“ Aku halalkan untuk kalian keridhaan-Ku dan Aku tidak akan murka kepada kalian selama-lamanya “

Jadi ridha Allah itu lebih mahal daripada surga , untuk siapa?, Diantaranya diberikan kepada Muhajirin dan Anshar serta para pengikut Muhajirin dan Anshar, semoga Allah menjadikan aku dan kalian dalam kelompok itu, yaitu pengikut para Muhajirin dan Anshar dengan kebaikan. Yang mana mereka itu ridha terhadap Allah, kita sudah ridha apa belum kepada Allah?, ketika datang ketentuan buruk ngomel, diberi takdir yang menyenangkan tidak bersyukur dan diberi takdir yang tidak menyenangkan tidak juga bersabar.

Tetapi keimanan itu mempunyai derajat , dan seburuk-buruknya imanku adalah aku ridha Allah menjadi Tuhanku , sebesar apapun dosa yang aku perbuat tetapi aku tidak menyembah kepada selain-Mu wahai Rabby. Ia ridha kepada Allah maka Allah pun ridha kepadanya, semakin besar ridha kita kepada Allah maka semakin besar pula ridha Allah kepada kita. Rabby, pupuk dan tanamlah keridhaan kepada-Mu di hati kami Ya Rabb..

-Syarahan Habib Munzir Al-Musaawa-

Maka layaklah bg mereka suatu yang lebih baik dari syurga...mereka as-sabiquun al-awwaluun, mereka al-ansor, mereka al-muhaajiriin, mereka para pengikut muhajirin dan ansor dengan kebaikan...dan mereka semua itulah golongan al-'asr yg tidak pernah rugi, beramal soleh dan menasihati dgn kebenaran dan kesabaran..firman Allah,

وَالْعَصْرِ، إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ ، إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

( العصر : 1-3 )

“ Demi masa , sungguh manusia berada dalam kerugian , kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran , dan saling menasihati untuk kesabaran “ . ( QS. Al ‘Ashr : 1-3 )

Allahummaj'alna minhum..

Maka bersegeralah kita kepada kebaikan, jgn kita tangguh walau sesaat cuma..kerana yang bersegera tidak pernah rugi malah beruntung..mendapat yang lebih baik dari ni'matnya syurga..

Saturday, January 23, 2010

Hikmah Yang Hilang

Hikmah yg hilang..
kita sering terburu-buru, hingga lupakan hikmah Baginda S.A.W...
hikmah yg menghilangkan keruhan dihati, mendamaikan jiwa yg meronta..
carilah hikmah ini, didiklah ia..kerna di keliling ini ramai yg menanti dan menunggu ia...
hinggalah Islam kembali bercahaya ke seluruh dunia...


Saturday, January 2, 2010

Saat kegembiraan, penuh kesengsaraan..

Tahun baru Gregory 2010 menjelang semalam..Kegembiraan tergambar..



Wah, gembira sungguh..umur masih dipanjangkan oleh Allah...

Bunga api, warna warni langit mencerah, jeritan kegembiraan, saat countdown 5..4..3..2..1..0..
POM!!
NAMUN!!!

Di sebalik kegembiraan kita..insan lain berduka,bunyi dentuman bunga api di sini..sebaliknya di sana bunyi dentuman BOM PEMUSNAH, kematian orang tersayang menghantui, ketakutan, resah, kesakitan..semua ini dirasai ikhwah kita di Palestin..

Jabalia – Infopalestina: Pasukan Israel kemarin sore Jumat (1/1) menyerang wilayah Azbah Abdu Rabbih timur Jabalia Jalur Gaza Utara dengan satu roket darat.

Demikian sebut sumber lokal yang menambahkan kepada Infopalestina bahwa roket Israel itu berasal dari wilayah Palestina jajahan Israel tahun 1948 yang menyebabkan dentuman keras yang didengar oleh warga.

Sumber juga menyebutkan, sejumlah mobil ambulan berdatangan ke lokasi kejadian untuk mencari korban luka akibat serangan.

Ya Allah..bagaimana kami sanggup melupakan saudara kami di palestin..Ampunkanlah kelekaan kami ya Allah, kami terlena dengan ni'mat yg Engkau berikan..

'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

--------------------------

Kesedaran?tidak cukup...apa tindakan kita?!!Masing2 kita fikirkan..

Ighfirlana wanshurna ya Allah..

Salah satu tindakan?

http://coretan-mojaheed.blogspot.com/2008/12/ke-mana-arah.html