Friday, March 13, 2009

PAHLAWAN NERAKA

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ﴿٨٨إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ ﴿٨٩
"Hari yang mana tiada guna hartanya dan anak2nya kecuali sesiapa yang mendatangi Allah 
dengan jiwa yang sejahtera"(As-Syuaraa:88-89)
See full size image
Digambarkan di dalam al-Quran, pada hari akhirat kelak...segala perkara yang dikejar manusia di dunia ini sudah tidak berguna lagi. Barangkali ada yang ketika hidupnya di dunia mereka sibuk mengejar harta, ada yang sibuk mengurus rumah tangga memerbanyak zuriat memenuhi keinginan haloba yang tak pernah habis...tapi segala yang mereka cari, segala yang mereka habiskan masa ke atasnya akan menjadi sia2, melainkan mereka yang datang menghadap Allah dengan jiwa yang sejahtera(saliim).Datanglah manusia membawa harta seluruh dunia, namun mereka tidak mampu menebus diri mereka dari siksaan Allah...begitu juga kiranya jika mereka kumpulkan seluruh manusia untuk menebus dirinya...namun semua itu tidak akan diterima.

Berlaku pada zaman Rasulullah, diriwayatkan oleh Luqmanul Hakim...

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.
Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."
Para sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."  

Daripada kisah ini, kita daat simpulkan bahawa mereka yang berjuang selain daripada untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini, maka perjuangan dan lelehan darah mereka hanyalah sia2 dan tidak memberikan apa2 manfaat pun pada mereka di Akhirat kelak... 
Renungilah Hadis Rasulullah: 
من قاتل لتكون كلمة الله هي العليى فهو في سبيل الله 
Barang siapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah, maka dialah pd jalan Allah
(Hadis Sahih)
Inilah berbezanya kita dengan mereka yang berjuang semata2 kerana kaum bangsa...kerana nasionalis itu tatkala ditimpa kesusahan dan kesakitan, tiada mereka dapat menanggungnya...tetapi mereka yang berjuang kerana agama Allah, walau mendaat kecelakaan dan kesusahan yang sama, mereka menyandarkan diri pada sandaran yang Maha Agung yaitu Allah. Hal ini jelas dinukilkan di dalam al-Quran:

Dan janganlah kamu beputus asa dalam mengejar musuh, sekiranya kamu merasa kesusahan, mereka juga merasakan kesusahan yang sama sseperti kamu, tetapi kamu mengharap daripada Allah sedangkan mereka tidak, sesungguhnya Allah maha Mengetahui lagi Bijaksana.(an-nisa':104)
Wallahu A'lam.

1 comment:

asliza said...

ana dapat banyak info dari anta...shukran jazilan...truskan blogging....-asliza-