Monday, August 23, 2010

Quran dan Ramadhan

Ramadhan kini sudah di fasa ke 2, hampir penghujung fasa ini quran diturunkan(nuzul quran)...Sudahkah kita mengisi target dibulan ramadhan ini untuk menghabiskan 30 juzu' quran?
Jom kita cuba..cuma luangkan 6 minit setiap kali selepas solat..



Info:
1. Membaca al-Quran dengan 6 minit setiap kali lepas solat fardhu 5 waktu. Kalau tergendala qadha’lah bacaan tersebut pada waktu solat kemudiannya atau carilah mana-mana waktu senggang.

2. 6 minit sebanyak 4 muka surat. Kalau tidak mampu paling kurang dalam 15 minit kita lebih dari mampu untuk menyelesaikannya. Tengok cerekarama pun 2 jam inikan pula baru 15 minit tapi balasannya syurga Allah! Allahu Akbar! Anda tidak mahu syurga Allah?

3. 1 juzuk sebanyak 20 muka surat. Eh! Tengok konsert nyayian boleh berjam-berjam berdiri....ini duduk bersila dan hanya keluar suara. Kalau masih tidak mampu cubalah nilai setebal mana keimanan anda!

4. 1 juzuk sebanyak 10 helai. Betapa ringannya 10 helai kalau ditimbang dengan dompet duit anda! Mampu berceramah berjam-jam tapi betapa beratnya nak menghabiskan 10 helai. Allahu Akbar! Semoga Allah memudahkan kita.

5. 4 muka surat sebanyak 2 helai. Surat khabar yang kita baca hari-hari berapa helai? Kita boleh membelek surat khabar berkali-kali, pagi sekali, petang sekali, malam belek lagi! Quran ke mana?

6. 5 (solat fardhu) X 4 (muka surat) = 1 juzuk sehari!. Alangkah mudahnya! Alangkah bahagianya bagi orang yang dapat khatam Quran! Setengah orang mampu wirid 70 ribu tahlil, tapi untuk menghabiskan Quran 30 juzuk bertahun-tahun baru khatam. Dimanakah kekuatan rohani kita? Mari kita kutip kembali kekuatan rohani yang telah tercicir sepanjang 11 bulan lalu dengan hadirnya Ramadan.

Ya Allah...Terimalah ibadat kami, berilah kami kesempatan untuk mendapat Malam Qadar-Mu pada Ramadan kali ini, paling tidak sekali dalam hayat umur ini..

sumber: http://antalhaq.blogspot.com/2010/08/khatam-quran-sebulan-ramadan-ini.html

No comments: