Saturday, January 10, 2009

PALESTIN!KAMI AKAN MENYUSUL...



Demonstrasi 3000 mahasiswa di hadapan kedutaan Mesir...membuktikan mahasiswa cukup tidak menyokong dan tidak sekali2 akan meredhai tindakan Israel membantai rakyat palestina dengan kejam! Ditambah lagi dengan tindakan bersekongkol Rejim Husni Mubarak dengan Israel untuk tidak membuka laluan Gaza-Mesir di Refah! Rakyat Palestina kini sedang terseksa, dibunuh, dibom, ditembak dan diperlakukan sesuka hati dengan kejam oleh rejim zionis, laluan bantuan pula ditutup oleh negara Islam sendiri!Masihkah mampu kita sebagai seorang yang mengaku sebagai muslim hanya diam tidak bersuara?PUNYAI JIWAKAH KITA SEKIRANYA BEGITU? kemana pergi sensitiviti kita?!
Rakyat Palestina sudah banyak yang gugur...menunaikan janji mereka dengan tuhan mereka...ganjaran syurga menanti mereka, jiwa dan harta mereka akan dibeli oleh Ar-Rahim..tidak teringinkah kita menyusul mereka?
من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدّلوا تبديلا
Diantara orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada pula yang yang menunggu2 dan mereka sekalipun tidak mengubah janjinya.(al-Ahzab:23)
Ya Allah..Ya muthabital qulub..golongkanlah kami dalam golongan yang tidak mengubah janji kami...berilah peluang kepada kami menepati janji kami...menyusuli rakyat palestina yang telahpun menepati janji mereka..bantulah rakyat palestina...Ya Muntaqim Ya Qahhar, hancurkanlah kuffar dan munafiqiin yang menghalangi hamba2MU mengikuti jalan Mu....
Istajib du'aana ya Allah...aamiiin. 

1 comment:

Anonymous said...

Asad, gambar aku x letak..