Monday, May 11, 2009

INGIN BERSUA LAGI...

"Berkata Ibrahim a.s: 'Bahkan aku percaya, tetapi agar hatiku menjadi tenang.'"
(al-Baqarah:260)

Selepas usai solat maghrib di masjid al-Falah,USJ9...kali pertama aku bersua muka dengan ulama' besar mesir yang juga merupakan mufti di bumi anbiya' tersebut, Prof Dr Ali Juma'ah...melihatkan mukanya mendatangkan ketenangan kepada diri yang berjiwa kelam ini...timbul detik cahaya hinggap dikegelapan hijab hati...

Beliau berada di hadapan masjid sambil terkumat-kamit bibir beliau mengalunkan ratib al-Haddad bersama para jemaah masjid...selepas selesai tilawah al-quran...beliau bangun dan duduk di tempat yang disediakan dan di sebelah beliau, Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid selaku mutarjim...beliau mula memberikan syarahan yang cukup mengagumkan dan meyakinkan serta mampu menggoncang jiwa-jiwa yang sudah lama gering dengan lebatan hujanan ilmu dan dzikir....

Banyak yang aku perolehi hari ini...bagaikan tempurung kosong yang dipenuhi dengan mutiara-mutiara yang tinggi harganya, menumpang kilauan mutiara yang memenuhi ruangan gersang jiwa ini..

Diijazahkan oleh beliau, seluruh jemaah pada malam ini dengan satu hadis RasulullahSAW, yang digelar sebagai "hadis rahmah" :
الراحمون يرحمهم الرحمان تبارك وتعالى .....ارحموا من في الأرض يرحمكم من فى السماء
"Orang2 yg mengasihi itu dikasihi mereka oleh Ar Rahmaan Tabaaraka Wa Taala....kasihlah sesiapa yang ada di bumi, dengan itu akan mengasihimu yang ada di langit... "

Kata beliau...hadis inilah hadis yang diijazahkan oleh sekian para masyayikh pada permulaan pengajian dan disebabkan itu, hadis ini juga digelar Hadis Awwaliyyah..dan diijazahkan hadis ini kepada kami sebagai mana yang beliau terima daripada guru beliau bersambung kepada Rasulullah SAW..."qabilnal ijaazah"

Ya Allah....betapa bertuahya aku pada malam ini, berpeluang mendapatkan ijazah daripada seorang syaikh besar mesir yang sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah SAW...

Fadhilatus Syaikh meneruskan lagi kata2nya dengan menjelaskan tanda2 kebenaran kenabian nabi Muhammad SAW...

1.Kitab Al-Quran yang kekal sehingga hari ini....
Diturunkan al-kitaab pd nabi2 sebelumnya, ttp semuanya diubah, hilang keasliannya..tetapi al-quran pada hari ini kekal keasliannya, quran di Malaysia sama dengan quran di Morocco, Jepun, Washington dan di serata dunia..maka mampukah Nabi Muhammad dan umat Islam menjaga keaslian al-Quran ini?
Firman Allah:
"Sesungguhnya kami(Allah) yang menurunkan al-Quran dan kamilah juga yg menjaganya"
Maka tidak lain dan tidak bukan Nabi Muhammad mendapat bantuan daripada Allah SWT.
 
2.Keturunan Nabi Muhammad SAW...
Semua putera nabi meninggal di hadapan mata baginda sendiri dan baginda jugalah yg mengkebumikan mereka...termasuklah puteri nabi seperti saidatina Zainab, Ruqaiyah, dan Ummul Kulthum mereka semua meninggal semasa hayat Rasulullah. Ruqaiyah dan Ummu Kulthum meninggal tanpa keturunan, Zainab meninggalkan Umaimah yang akhirnya jg meninggal tanpa keturunan. Maka keturunan Nabi tertumpu pada Saidatina Fatimah melahirkan Hasan dan Husain. Begitu juga pd keturunan Hasan dn Husain kebanyakannya meninggal dunia yang mana Husain meninggalkan Saidina Ali Zainal Abidin...sehinggalah kini keturunan zuriat Nabi Muhammad mencecah sehingga lebih daripada 40 juta....Menjawab penghinaan yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad itu Abtar, bahkan dialah(si pencaci itu) yang abtar...hal ini dijawab oleh Allah dalam surah al-Kauthar....Nabi S.A.W dikurniakan al-Kauthar(ada ulama yg menafsirkan sbg 'itrah yaitu keturunan), walhal si pencaci td x dikenali siapapun dia, tidak dinyatakan oleh sejarah tentang nama dia bahkan hilang terus ditelan zaman...maka siapakah yang mampu menjaga keturunan Rasulullah ini?pastilah Allah yang membantu nabi Nya.. 

3.Nama Nabi Muhammad SAW....
Allah SWT berfirman:
"dan kami(Allah) telah mengangkat namaMu"(al insyirah)
Maka setiap hari berkumandang nama Nabi Muhammad SAW 2x dalam satu azan, dalam sehari 5x azan bermaksud sepuluh kali sehari....berlainan tempat diseluruh dunia dengan berlainan masanya...
Kemudian nama manusia yang mempunyai nama "Muhammad" di dunia ini melebihi 100 juta orang, belum dikira nama lain bg nabi seperti Ahmad, Mahmud, Hamid...dan nama2 lain yang diyakini olh ulama bhw nama ini adalah nama nabi Muhammad spt Thaha dan Yasin...
Manillazi rafa'a zikrahu?(siapakah yang mampu mengangkat sebutan Nabi?)tentulah hanya Allah, tiada yang lain...ini bukti bahawa Nabi Muhammad SAW ini adalah benar2 mendapat pertolongan Allah SWT..

4.
 
Firman Allah: "Bilamana mrk(umat Nabi Muhammad SAW) melakukan kezaliman ke atas diri mrk(maksiat) mrk datang kpdmu(Nabi Muhammad SAW) maka mereka memohon keampunan Allah SWT dan Rasulullah memohon keampunan untuk mereka, nescaya mereka akn mendapati Allah maha menerima taubat dan maha mengasihani."(an-Nisaa':64)
Ayat yg kita baca ini, ketika diturunkan kpd Rasulullah SAW untuk diamalkan sms hidupnya maka ia sudah amat jelas kerna Rasulullah masih hidup..lalu bagaimanakah kita ingin mengamalkan ayat ini sesudah baginda wafat?
Allah SWT m'jaga jasad baginda Rasulullah SAW...baginda wafat tidak dibunuh, jg tidak hilang jasad baginda, mlahan dijaga dan dikebumikan di masjid baginda(Masjidin Nabawiy) yang mengelilingi kubur baginda dan jelas itulah kubur Nabi SAW...Tidak seperti jasad para pembesar dan raja2 yg terdahulu tidak dijumpai kubur mereka, begitu jg dgn nabi2 yg sebelumnya..di mana kubur nabi Musa as?nabi Nuh as?
Bersabda Rasulullah SAW:
مررت على قبر موسى عند الكثيب الأحمر ورأيته قائما في قبره يصلّى  
"Pernah aku melalui  di perkuburan Nabi Musa di dataran berpasir merah(suatu tempat berhampiran Palestin), dan aku melihat Nabi Musa berdiri solat dalam quburnya"
Sehinggakan Yahudi apabila menceroboh Palestin, ingin mencari kuburan Nabi Musa as tidak jumpa2 bahkan disesatkan mereka...
Jadi bagaimanakah cara ingin mengamalkan ayat tersebut setelah baginda wafat? Hal ini dijelaskan oleh nabi dalam hadis beliau...
ما من شخص يسلّم عليّ إلا ردّ الله عليّ روحي حتى أردّ عليه السلام
"Tidak seorangpun yang memberikan salam kepadaku melainkan Allah akan mengembalikan ruhku untuk aku menjawab salam ke atasnya"(hadis sahih)
Dalam Hadis yg Lain:
تعرض عليّ أعمالكم وإن وجدت خيرا حمدت الله وإن وجدت غير ذلك استغفرت لكم الله
"di bentangkan kepadaku amalan2 kamu maka sekiranya aku mendapati ia baik, aku memuji(bertahmid) Allah...dan sekira sebaliknya, aku memohon keampunan Allah bagi kamu"
Maknanya istighfar nabi berlaku setelah nabi meninggal dunia..inilah cara bagaimana mengamalkan ayat tersebut baik ketika nabi masih hidup dan juga setelah nabi wafat..Siapakah yang boleh menjaga kubur nabi Muhammad?Tidak lain adalah Allah..dan diyakini oleh seluruh jin dan manusia bahawa segala yg berada di bawah kubah yg bwarna hijau adalah kubur nabi Muhammad SAW, melainkan mereka yang kufur...

5.Ini adalah dalil kelima yg merupakan penutup kpd dalil2 yg sblmnya, walaupun byk dalil2 yg menunjukkan knenaran Rasulullah SAW  hingga mencecah ratusan dalil...tak perlu masuk ke dalam bidang syariah ataupun hukum syariah sekalipun utuk mengetahui dalil2 ini kerana kita akan dapati semua bukti kenabian nabi Muhammad adalah dalil2 yg jelas, cumanya ada kalangan manusia yg tidak mengetahuinya..Allah SWT berfirman:
"Barang siapa yang diberikan hidyah olh Allah maka dialah yg mendapat hidayah, dan barangsiapa yg dibiarkan sesat olh Allah maka tiadalah bagiya pembantu selain daripadanya" (al-isra':97)
Dan dalil yg kelima adalah doa Nabi Muhammad SAW:
اللهمّ لا تجعل قبري وثنا يعبد
"Ya Allah, jgnlah engkau jadikan perkuburanku sebagai berhala yg disembah"
Maka kita dapati bhw tiada di kalangan umat manusia yg menyembah Nabi Muhammad SAW atau menyatakan Nabi sebagai Tuhan...mungkin ada ygmenyembah pokok, ada yg menyembah saidina Ali, ada golongan yg diberi nama Bahaiyyun yg menyembah mausia yg bernama Baha'allah, dan mereka ini sebelumnya adalah umat abi Muhammad SAW...ttp tiada dikalangan mereka yg menyembah nabi sbg Tuhan...
Kaum Yahudi menyatakan Uzair sbg anak Tuhan manakala kaum Nasrani menyatakan Isa anak Allah...sbgmana firman Allah:
"dan org2 yahudi itu menyaatakan 'uzair itu anak Allah, dan org nasrani itu menyatakan Isa anak Allah..."(at-Taubah:30)
Inilah bukti bhw nabi Muhammad sebagai rasul yg diutus Allah yg dimakbulkan doanya dan mendapat pertolongan dan perlindungan Allah SWT.

Di akhirnya al-Fadhil mewasiatka kita agar kita menelusuri kehidupan Nabi Muhammad SAW, dan jgn sampai kecintaan kita terhadap nabi Muhammad SAW hilang dari minda kita, jgn sampai sebutan nabi Muhammad kering dari bibir kita..dan jilsah ini diakhiri dgn doa drpd beliau..Amiin.

Berkata Sohibul Burdah, Imam al-Busairi ra:
فمبلغ العلم فيه أنّه بشر
" Kemuncak pengetahun mereka tentang dirinya(nabi Muhammad) mereka hanya mengatakan bhw Rasulullah itu manusia biasa"
و أنه خير خلق الله كلّهم
"Sesungguhnya baginda SAW adalah merupakan sebaik2 semua ciptaan Allah SWT" 

 

No comments: