Bismillahirrahmaanirrahiim..
Alhamdulillah, wassolaatu was salaamu 'ala Rasuulillah....amma ba'du...
Assalaamualaikum buat pengunjung...
X tau apa nak tulis...ini posting pertama...
Subhanallah....Hari ini tanggal 22 august 2008, aku telah melakukan satu pembedahan tikus(disecting), Maha suci Allah yang Maha Agung ciptaannya....walaupun hadir ke kelas bio lab sedikit lewat kerana terpaksa menghadiri interview utk budak2 medic, terlepas untuk mendengar penerangan daripada bro Mahathir, aku tetap bersyukur kerana masih sempat membedah siasat tikus makmal...bau yang memualkan menusuk hidung....tapi cukup memuaskan apabila dapat melihat susunan organ yang terdapat dalam tikus tu,hampir sama macam manusia.....ada jantung,paru2,usus, n sbgnya...Benarlah firman Allah:
"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, peredaran siang dan malam, benar2 ada tanda bagi Ulul al-bab"(aali 'imraan:190)
Permulaan baru untuk melangkah ke Alam yang lebih rumit...betapa kerdil dan lemahnya manusia....betapa agung dan hebatnya ciptaan Tuhan.. (monolog diri) Terkenang diri ini pada ayat suci Allah....menceritakan suatu kisah yang mana seorang lelaki dan keldainya yang melalui suatu perkapungan yg telah hancur....melihat kehancuran itu, lelaki itu bertanya pd dirinya..."bagaimanakah Allah S.w.t akan menghidupkn semula (negeri-beserta dgn mayat2 yg bgelimpangan) selepas matinya(hancur)?".....maka Allah pun mematikan lelaki tersebut selama 100 tahun kemudian membangkitkannya semula....Allah pun bertanya kpd lelaki trsebut..."berapa lama kamu telah tinggal di sini?" Lelaki itu menjawab.."aku tinggal di sini hanya sehari dua.." Allah berfirman"tidak!Bahkan kau telah tinggal di sini selama 100 tahun...maka lihatlah pd makanan dan minumanmu yg langsung tidak berubah....dan lihatlah pd keldaimu(yg telah hancur menjadi tulang-belulang) dan agar Kami menjadikan kamu sbg tanda kekuasaan kami pd manusia....dan lihatlah pd tulang-belulang(keldai) itu bagaimana Kami menyusunnya kembali dan meyalutinya semula dgn daging..." dan apabila telah terang dan jelas pd lelaki itu kekuasaan Allah...dia berkata..."aku mengetahui sesungguhnya Allah maha berkuasa atas setiap sesuatu"(al-baqarah:259)
Tatkala lemahnya diri insan di hadapan tanda ciptaan dan kekuasaan Allah....tetapi insan ini (terutama penulis) masih terlupa dan terus alpa dgn kehidupan yg sementara....sayangnya Allah Al-Khaaliq kpd Makhluq yang sentiasa mengingatkan makhluknya supaya sentiasa ingat akan kekuasaannya dan tidak terus menyeleweng dgn tanda2.....cuma sama ada ia menjadi pengajaran ataupun tidak kepada yang melihat....wahai diri yang tidak memiliki apapun dari yang dilihat...ingatlah dari mana datangnya kamu dan ke mana akhirnya kamu...katakanlah "innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"(sungguh benar kami adalah untuk Allah dan kpdNya lah kami kembali)..Firman Allah:
"dan berbekallah.....dan sesungguhnya sebaik2 bekal itu adalah TAQWA...dan bertaqwalah kpdKu wahai Ulul Al-baab"(al-baqarah:197)
Jadilah ULUL AL-BAAB....mengenali TANDA....dan bersedia dgn BEKALAN....Wallahu A'lam..
No comments:
Post a Comment