Sunday, April 19, 2009

Mengapa doktor??


"BACHELOR OF MEDCINE AND BACHELOR OF SURGERY"
Aku kini akan menjejakkan kaki ke alam baru yang pastinya lebih mencabar...inilah yang tertulis pada offer letterku...bukan memberi makna prestige, bahkan beratnya kesukaran yang menanti di hadapan...

Dalam satu usrah, pernah aku ditanya mengapa memilih jurusan perubatan? Satu soalan yang tidak pernah aku tanyakan pada diriku dengan mendalam...tapi yang pastinya, tentulah aku memilih atas dasar minat..tp kata naqib, minat sahaja tidak cukup...kemudian, aku terus bertanya kepada diri..mengapa? 

Lalu aku cuba menghayati erti perubatan...menghayati suasana perubatan..kerana selama ini apa yang terlintas dalam fikiranku hanyalah pada lingkungan untuk belajar dan lulus cemerlang...maka usrah pada kali itu telah menyentak jiwaku untuk berfikir melangkaui boarder jurusan dan karier pekerjaan...maka persoalan mengenai perubatan aku tukar...aku isi dengan nilai insaf dan sedar..adakah masa hadapanku akan menenggelamkan aku dengan kerakusan duniawi?adakah masa depanku melalaikan aku dengan kesibukan dunia lantaran aku menjadi hamba dunia dan lupa akhirat?adakah kekayaan yang menipuku untuk aku habiskan masaku di dunia?

Ahhhhh...tidak...aku tidak inginkan cita2 yang sebegini...aku mahu kesibukanku menghampirkan aku pada akhirat...makin aku sibuk dan makin aku tenggelam dengan kerjayaku, aku ingin makin tenggelam dengan kasih cinta Ilaahi...
 
Apakah rahsia di sebalik tirai kata2 as-Syafie tentang kemuliaan ilmu perubatan?
Dalam kitabnya ar-Risalah, beliau menukilkan pendapatnya....."Aku tidak tahu suatu yang lebih mulia selepas ilmu halal dan haram melainkan ilmu perubatan..."

Ya Allah...aku kini dalam kekaburan dunia...tunjukilah aku dengan cahaya hidayahmu...berilah ketajaman mata hati padaku..aku ingin rungkai rahasia kata2 asSyafie...ya Allah angkatlah tirai yang menutupi hati ini...

Kata asSyafie, tiada yang lebih mulia....
Apakah itu kemuliaan?KitabMu(al-Quran) menuturkan mulia itu ketaqwaan
 "sesungguhnya yg paling mulia antara kamu adalah yang bertaqwa"(al-Hujuraat:13)...
apa yang mengiringi kemuliaan?
persoalan ini menjawab segala kekeruhan....kataMu, hanya sedikit yang diiringi iringan kemuliaan...inilah cita2 dalam doa Saidina Umar yang digelar al-Farouq(yang memisahkan haq dan batil), inilah yang menyebabkan baginda Rasulullah bangun di kala kelam malam hingga bengkak kaki beliau... ialah SYUKUR...

Syukurlah yang mengiringi kemuliaan...kemuliaan darjat Habibullah diiringi kesyukuran...Saidatina Aisyah bertanya pada rasulullah lantaran melihat keadaan baginda...sedangkan dalam surah al-Fath, Allah telah mengiktiraf keampunanNya terhadap Rasulullah dengan dosa yang terdahulu dan yang selepasnya....Jawabnya Rasulullah, afalaa akuuna 'abdan syakuura?(salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?)...syukur jugalah yang mengisi doa al-Farouq, "Allahumma ij'allni minal qalil"...(ya Allah jadikanlah aku daripada golongan yang sedikit itu..)Allah berfirman: "Wa qalilum min 'ibaadiyas Syakuur"(dan hanya sedikit dari hamba2ku yang bersyukur)(as-Saba':13)

Mungkin inilah erti kemuliaan ilmu perubatan yang disebut asSyafie, Rasulullah menggalakkah kita menziarahi kubur lantaran mengingatkan kita pada kematian...disuruh juga menziarahi orang yang sakit lantaran akan timbul peringatan tentang nikmat kesihatan...boleh saja Allah menarik nikmat itu bila2 masa....maka, dengan menjadi doktor pula akan menjadikan kita hamba yang bersyukur...sentiasa ingat dengan nikmat Allah...nikmat kesihatan dan kasih sayang Allah...Makin aku sibuk dengan kerjaya...makin ingat aku akan nikmatNya...makin aku sedar hakikat kelemahan seorang insan...mudah2an dengan ini, aku bersyukur...



"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengisytiharkan..sekiranya kamu bersyukur, nescaya kami tambahkan untukmu...tetapi sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabku amatlah pedih"(Ibrahim:7)

Dan sekiranya ditanya lagi mengapa? Akan aku jawab "agar aku menjadi sedar dan syukur, mendapat iringan kemuliaan" sambil tersenyum tenang :)

Allahumma urzuqnal istiqaamah...

5 comments:

Miroe Khalil said...

Biasa la...MUla nak jadi orang hebat seperti doktor macam tu la....Insyaallah DIa akan memberkati cita-cita mu....

Unknown said...

salam...bagoz jd doktor boleh buat dakwah,nanti jd doktor dakwah pesakit,bukan ubat yang bagi sembuh Allah...

Hanisah Ishak M.D said...

satu sebab y kuat knp saya mahu jd doctor.

waman ahyaha fakaannama ahyannasa jamia'a.(al-maidah:32)



semoga Allah permudahkan segala urusan.

~ieDa~ said...

Alhamdulillah2x..Semoga anda m'jd seorang Doktor yg berhati mulia & yg dpt berbakti kpd masyarakat..Moga setiap tugas berat yg bkl anda pikul diiringi pertolongan drp Allah S.W.T setiap ms krn anda tlh b'usaha & berikhtiar tetapi Dia lh jua yg menyembuhkan setiap segala kesakitan itu..

Anonymous said...

harap semangat ni kekal smpy abis dpat degree, specialist n phd!