Tuesday, December 30, 2008

KE MANA ARAH?!

ISLAM ITU TINGGI!TIADA YANG LEBIH TINGGI DARIPADA ISLAM!
"AL ISLAAMU YA'LUU WA LA YU'LAA 'ALAIHI!"
Ini lah yang sepatutnya dipegang oleh semua muslim, tidak kira pelajar, mahasiswa/wi, ibu atau bapa, yang bekerja atau tidak, yang berjawatan atau pekerja.....Islam itu tidak patut dipandang enteng oleh sesiapa....
Malaysia kecoh isu blog hina nabi....dunia kecoh isu serangan terhadap Palestin...dalam kecoh huru-hara keadaan umat....sedarkah kita??Atau sekadar tahu, dengar, baca, lihat di kaca tv..tanpa kesedaran?Apa yang kita kecohkan dari isu2 ini...apa yang kita perjuangkan bila berlaku isu ini?
Tegang sebentar...sebulan lepas ni?Islam kembali dirobek2...islam hanya pada nama....tp mana isi Islam?mana amalan Islam?masing2 lupa..atau buat2 x sedar....
Ya Allah....diri yang menulis ini terutamanya!Lupa dan alpa!bila kecoh,ingat sebentar....bila senang, lupa diri...lupa MANA ARAH..aku insan lemah..aku insan hina...ampunilah dosa kami ya Allah...selamatkan lah pejuang2 mu ya Allah...janganlah hijab dihati kami ini menjadi sebab Islam dihinakan...Wahai Tuhan yang menjadikan hati...yang membolak-balikkan hati..yang menetapkan hati...tetapkanlah kami pada jalanMu ya Allah...

Daripada Muaz bin Jabal r.a, 

Rasulullah bersabda," 'mahukah kamu aku tunjukkan pintu2 kebaikan? Puasa itu perisai, dan sedekah itu memadamkan kesalahan, sebagaimana air memadamkan api, dan solat seorang lelaki  dipertengahan malam.' kemudian Rasulullah membaca, 'lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhanya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yg kami berikan kepadanya,seorang pun tidak tahu ap yang disembunyikan untuk mereka yaitu yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.(as-sajdah:16-17)' "

kemudian Rasulullah bersabda lagi, "mahukah aku khabarkan kepadamu kepala suatu perkara, dan tiang2nya, dan kemuncak climaxnya?" 

aku menjawab, "sudah tentu, wahai rasulullah."
 
Rasulullah bersabda, " kepala suatu perkara adalah Islam, tiang2nya adalah solat, dan kemuncak climaxnya adalah jihad."  

Tahniah! kepada 500 intifadhah Malaysia(barangkali lebih) yang berhimpun siang tadi..mudah2an usaha tersebut menjadi saksi ketidaksenanganjiwamu Islam diperkotak-katikkan...
Dan bagi yg tidak sempat menyertai...ingatlah, usaha tidak terhenti setakat itu....bicaralah dengan hadis Rasulmu dan kalam tuhanmu...
Masukilah 'pintu2 kebaikan':
1-berpuasalah membentengi dirimu dari terus leka dgn syahwat...Tangisi keluh     kesah Palestina..
2-Bersedekahlah! Sumbanglah hartamu membantu perjuangan Islam!
3-Bangunlah di pertengahan malam merintih pertolongan Allah membantu             perjuangan Hamas khususnya dan umat Islam umumnya menetang yahudi         terlaknat..
Jadikanlah ISLAM(kepala), SOLAT(tiang), dan JIHAD(climax) intipati urusan kita umat Islam seharian...
Buat pejuang2 Islam di Palestin...kita doakan mereka menjadi syuhada' dalam menempuh climax kehidupan....
Doa juga buat insan yang terlalu "open minded" (kononnya)...agar mendapat hidayah dan taufiq daripada Allah agar terus bertaubat...berpihak pada cahaya kebenaran...
Wallahu A'lam...JANGAN BIARKAN AGAMA ISLAM DIHINA!!INGAT KE MANA ARAH KITA!
 

No comments: