Monday, December 29, 2008

Erti Hakikat,Capai Ma'rifat!!!

Tahukah kita?hakikat kehidupan itu adalah kematian
                                       
Adapun kematian itu dapat dilihat pada 3 ciri:
1.Mati itu haq dan pasti. Bagaimana kita mati?
2.Mati itu ghaib. Mengapa takut mati tapi tidak mempersiapkan diri?
3.Mati itu tiba2. Apalagi yang ditunggu2 dan mengapa amal ditunda2?
Maka....hakikat itu adalah MATI...dengan kata lain...hakikat itu adalah INNAA LILLAH WA INNA ILAIHI RAAJI'UUN..inilah kalimah istirja'. Mengenal kalimah ini membawa kepada Ma'rifah.
Innaa lillah....sesungguhnya kami milik Allah....apa ertinya?...ertinya,sesungguhnya SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU, dan MATIKU adalah milik Allah...(al-an'aam:162)
Innaa Ilaihi Raaji'uun....sesungguhnya kepada-Nya lah kami kembali.....maksudnya?...ketahuilah, kembalinya kita itu sesuatu yang GHAIB, sesuatu yang PASTI, dan sesuatu yang TIBA-TIBA...
Sesudah mengenali erti hakikat(kalimah istirja')...barulah kita dapat mencapai ma'rifah iaitu HUSNUL KHAATIMAH..maka bekalnya husnul khatimah itu ada 3, iaitu IMAN, TAQWA, dan Islam.
Firman Allah:"Hai orang2 yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar2 taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali2 kamu mati melainkan dalam keadaaan kamu beragama Islam."(Aali Imran:102)
Senang saja kan,erti hakikat?senang saja kan,capai ma'rifah?
Senang atau tidak,pengakhiran jua yang menentukan.....
Abu Bakar As-Siddiq berpesan, "Nak, carilah kematian nescaya engkau temui kehidupan."
Syair Arab ada menyebut "An-naasu niaamun, wa iza maatuu intabahuu."(manusia itu (ketika hidupnya) tidur, dan apabila mereka mati barulah mereka sedar(terjaga))
Rasulullah SAW bersabda,"banyaklah mengingati penghancur kelazatan dunia, iaitu kematian." (HR Tirmidzi) 
Wallahu A'lam....

No comments: